JENTERA PILIHANRAYA PAS TITIWANGSA DIGERAKKAN BAGI HADAPI PRU PADA BILA-BILA MASA

Tinggalkan komen

Julai 20, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) bersiap sedia mengerahkan jentera pilihanraya Kawasan Titiwangsa bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13. DPPKT menganggap kehilangan YB Dr. Lo’ Lo’ Hj  Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang telah pulang ke rahmatullah pada 17 Julai 2011 yang lalu tidak melunturkan semangat untuk pemuda PAS Titiwangsa dan ahli keseluruhannya bekerja sebaik mungkin bagi menghadapi PRU ke 13.

Bagi DPPKT, persediaan jentera pilihanraya dibentuk dengan persiapan seolah-olah akan berlaku pilihanraya kecil di Parlimen Titiwangsa dalam masa terdekat meskipun hakikatnya tidak akan berlaku pilihanraya kecil selepas tempoh matang 3 tahun usia parlimen Malaysia. Ahli-ahli pemuda dan penyokong keseluruhannya terdorong untuk bekerja bagi mempertahankan parlimen Titiwangsa apabila menyaksikan kegigihan almarhumah Dr Lo’Lo’ semasa hayatnya dalam memberikan jasa bakti kepada segenap masyarakat tanpa mengira bangsa, warna kulit mahupun ideologi politik.

Justeru itu, sebagai pemangkin semangat ini, DPPKT akan melancarkan jentera pilihanraya umum ke 13 serta pelancaran bilik gerakan pemuda, muslimat dan kawasan serentak. Pelancaran ini akan dilaksanakan pada 24 Julai 2011 pada jam 1.00 tengahari bertempat di Darul Ummah, Markaz PAS Kawasan Titiwangsa, Kampung Pandan dan akan disempurnakan oleh YB Hj Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS.

Selain itu, DPPKT bersama PAS Kawasan Titiwangsa turut mengadakan Program ‘Ziarah Kasih’ iaitu program kebajikan berbentuk sumbangan kepada penduduk tempatan yang terdiri dari kalangan OKU, ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin, warga emas, sakit dan lain-lain kategori. Program ini akan diadakan pada hari yang sama iaitu pada 24 Julai 2011 bermula jam 10.00 pagi di sekitar Parlimen Titiwangsa. DPPKT mengharapkan sumbangan ini mampu memberikan kelegaan hidup buat rakyat yang semakin terhimpit dengan kehidupan di ibu kota.

Bagi mempertahankan kemenangan PAS di Titiwangsa serta  meneruskan sumbangan yang telah ditinggalkan oleh Almarhumah Dr Lo’ Lo’ Hj Ghazali, DPPKT mengharapkan sumbangan rakyat dan masyarakat bagi membiayai semua aktiviti yang dirancang. Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa melalui Bank Islam Malaysia Berhad : 14041010075204.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Julai 2011
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: