PEMUDA PAS WP MENGHARAPKAN LEBIH BANYAK KERUSI PARLIMEN DIPERUNTUKKAN UNTUK PAS WP DALAM PRU KE 13

Tinggalkan komen

Julai 21, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kenyataan Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub yang mensasarkan 80 kerusi Parlimen akan ditandingi PAS dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Untuk itu, DPPWP berharap kerusi tambahan tersebut ada di Wilayah Persekutuan.

Dengan hanya 3 kerusi sahaja untuk PAS bertanding sebelum ini iaitu di Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan, DPPWP mengharapkan rundingan antara pimpinan tertinggi nanti akan memberikan ruang yang lebih untuk PAS WP bertanding dalam PRU ke 13. Dengan kekuatan jentera di kebanyakan kawasan, penambahan keahlian yang begitu ketara, penambahan pengundi yang mendadak serta mood rakyat dan pengundi yang meletakkan harapan yang tinggi untuk PAS di Wilayah Persekutuan menjadi sebab untuk melayakkan PAS bertanding di banyak kerusi. Malahan banyak kawasan yang tidak bertanding telah melancarkan jentera pilihanraya mereka seolah-olah mereka akan bertanding dalam PRU ke 13 kelak.

DPPWP mensasarkan beberapa kerusi tambahan yang mempunyai potensi kerana kekuatan jentera pilihanraya, dana dan ahli yang ramai seperti Parlimen Wangsa Maju, Setiawangsa dan Bandar Tun Razak. DPPWP melihat tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong dari PKR telah melompat keluar dari parti menjadi asas kuat untuk PAS bertanding di kawasan tersebut. Kebanyakan pengundi di kawasan tersebut amat kecewa dengan tindakan beliau dan mahukan calon dari parti lain (Pakatan Rakyat) bertanding di kawasan tersebut.

Parlimen Bandar Tun Razak dan Setiawangsa pula mempunyai kekuatan jentera yang ampuh di samping dana yang mencukupi.  Beberapa aktiviti menambah pengundi serta pertambahan cawangan membuktikan PAS bersedia untuk bertanding. Lagipun, PAS pernah bertanding di kedua-dua kawasan terbabit.

Akhir sekali, DPPWP mengharapkan penambahan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan akan menjadi perangsang dan semangat untuk ahli-ahli, jentera dan penyokong PAS Wilayah Persekutuan bekerja dengan lebih baik bagi menghadapi PRU ke 13 nanti.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Julai 2011
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: