SPR ‘berpenyakit’, ganti muka baru

Tinggalkan komen

Ogos 13, 2011 oleh pemudawilayah


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menyeru rakyat akan berperanan sebagai ‘hospital awam’ untuk mengeluarkan sijil ‘tidak layak urus pilihan raya’ kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini kerana sistem pilihan raya negara ini katanya mengalami kepincangan sangat teruk dibawah kendalian SPR seperti yang didedah banyak pihak.

Sehubungan itu katanya, seluruh rakyat disaran terus membongkar penyelewengan dan salah laku SPR dalam mengendalikan pilihan raya khususnya menjelang PRU ke-13.

“Saya selaku Ketua DPPM mengarahkan semua jentera pemuda PAS di semua peringkat khasnya kawasan dan negeri untuk mempertingkatkan tindakan membongkar penyelewengan dan mendedah salah laku SPR, agar rakyat segera menyedari bahawa sistem pilihanraya negara kita pincang teruk setelah dikendalikan oleh SPR yang telah hilang kelayakan mengurus.

“Rakyat mesti menjadi “Hospital Awam” untuk mengeluarkan sijil “Tidak Layak Urus Pilihanraya” kepada SPR ekoran kini SPR sedang mengidap “down sindrom” yang kritikal,” katanya.

Beliau mengulas beberapa pendedahan membabitkan pendaftaran penduduk tetap sebagai pengundi yang kemudiannya ditukar status menjadi warganegara.

Ianya juga termasuk pembongkaran wujudnya pengundi klon yang membolehkan seoran individu mengundi dua kali.

Jelasnya, SPR kian hilang status kelayakan untuk mengendalikan sistem pilihanraya negara secara adil, telus dan saksama.

Runtuhnya nilai integriti dan lunturnya tahap kepercayaan rakyat terhadap SPR bukan berdasarkan graf persepsi tetapi berdasarkan statistik berfakta dan memiliki bukti nyata serta pengakuan saksi seperti dalam kes mengundi dua kali dan manipulasi undi pos.

Ekoran pendedahan berterusan itu juga, Umno BN katanya terpaksa mengunci mulut dan SPR hilang nilai integriti dan kebolehkepercayaan terhadap badan pengendali pilihan raya yang juga anak emas Umno itu kini luntur.

Teraju SPR perlu diganti

Beliau juga membidas jawapan standard yang dikeluarkan oleh SPR melalui pengerusinya bahawa apa yang didedahkan Pakatan Rakyat itu merupakan kesilapan manusia sewaktu memasukan data dalam sistem.

Sekiranya SPR mempunyai tenaga manusia yang sering melakukan kesilapan serupa ujarnya, pengerusi dan timbalannya mesti mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan segera dan SPR mesti dipimpin oleh manusia yang berkualiti tinggi, berintegriti dan bertanggungjawab.

“SPR yang ada pada hari ini mesti dibubarkan segera. Saya merayu dengan segala kerendahan diri sebagai rakyat biasa kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia yang di Pertuan Agong agar merombak SPR dan membuat perlantikan baru dengan diserahkan amanah suruhanjaya ini kepada mereka yang layak, berintegriti serta benar-benar telus dan bebas dari kawalan Umno dan BN atau mana-mana parti politik yang bertanding.

“Saya bersumpah dengan nama Allah swt Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Bijak, bahawa saya dan seluruh anak muda khasnya pemuda-pemuda PAS tidak rela menyertai pilihanraya umum yang ke 13 akan datang berwakil “wali” kan SPR yang ada pada hari ini,” tegasnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 127 other followers

Ogos 2011
I S R K J S A
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: