Mengenai Persediaan Menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13

Tinggalkan komen

Ogos 15, 2011 oleh pemudawilayah


Ustaz Khoirol Anwar Mat Zuki

Melihat kepada senario politik dan ekonomi yang berlaku di negara ini, Dewan Pemuda PAS Putrajaya telah memperkemaskan struktur jentera pilihanraya bagi mendepani Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka akan berlaku kira-kira enam bulan lagi.

Setakat ini beberapa gerak kerja telah dilakukan antaranya adalah pertemuan dengan beberapa kelompok pengundi sasaran sejak beberapa bulan lalu. Manakala, di bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Pemuda PAS Putrajaya telah berjaya mengadakan beberapa siri edaran risalah, kurma dan bubur lambuk di beberapa lokasi terpilih dan strategik. Kebanyakan respon yang diterima daripada penduduk Putrajaya adalah baik dan menyenangkan.

Daripada beberapa analisis yang dibuat, kebanyakan pengundi di Putrajaya sedar mengenai isu-isu semasa yang berlaku di peringkat nasional. Cabaran utama bagi pihak Pemuda PAS Putrajaya adalah bagaimana ingin menambahkan lagi keyakinan mereka khususnya dikalangan penjawat awam mengenai hak serta tanggungjawab mereka sebagai pengundi dan tidak takut untuk membuat perubahan.

Pemuda PAS Putrajaya menyeru kepada seluruh pengundi terutamanya dikalangan penjawat awam agar memberikan sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan di negara ini. Marilah kita bersama-sama menolak pelbagai kezaliman yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional dan kita tegakkan sebuah kerajaan yang adil serta berkebajikan bagi memberikan kemaslahatan kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

Para penjawat awam yang mengundi di Putrajaya kebanyakannya tidak menunjukkan sokongan terbuka kepada PAS, tetapi mereka diyakini boleh membuat kejutan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 sekiranya isu-isu semasa yang berlaku khususnya di peringkat nasional boleh diuruskan dengan baik. Malah, ramai dikalangan mereka mempunyai akses internet dan memahami sesuatu isu dengan lebih mendalam lagi.

Ia cukup penting bagi memastikan penduduk Putrajaya yang layak untuk mengundi dapat membuat keputusan bijak setelah mempunyai maklumat dan penerangan yang cukup khususnya daripada internet dan media baru. Pihak Pemuda PAS Putrajaya juga akan menyusun beberapa isu yang berkaitan dengan pengundi khususnya segmentasi penjawat awam supaya mereka memahami sesuatu isu itu dengan baik.

Selain itu, selepas bulan Ramadhan ini, pihak kami akan berusaha menuntut hak untuk menggunakan logistik-logistik di dalam kawasan Putrajaya terutamanya penggunaan kemudahan dewan atau premis bagi memudahkan penganjuran dan operasi politik di negeri ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

Ogos 2011
I S R K J S A
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: