Isu JAIS – Reaksi Dan Tindakan Umno Cukup Mencurigakan

1

Ogos 18, 2011 oleh pemudawilayah


Isu siapa dalang di sebalik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini semakin hangat diperkatakan; terutama apabila Setiausaha Agong PAS, Dato Mustafa Ali menegaskan beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan Umno dalam isu ini. Dengan ledakan pelbagai bukti di blog pro-Umno, umum mengetahui dan boleh menjangkakan sememangnya wujudnya tangan-tangan ghaib di sebalik tindakan yang aneh ini.

Antaranya ialah:

1. Media pro-Umno yang terus melonjak isu ini dengan membuat serangan kepada Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri.

2. Semua bukti wujudnya usaha pengkristianan dibongkar oleh blog-blog pro-Umno dan bukan oleh Jais, sedangkan semua bukti itu adalah bahan sulit yang tidak sepatutnya dikeluarkan selagi belum ada dakwaan di mahkamah.

Ini termasuklah soal-selidik, nama mereka yang hadir, jumlah wang yang dibekalkan, dan terbaru klip video serbuan tersebut dan juga laporan Jais yang sepatutnya diberikan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu. Kenapa bukti-bukti Jais ini dapat keluar dan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno?

3. Demonstrasi oleh Mohamad Ezam Mohd Nor dibuat di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk penyapu tandas, mangkuk tandas dihantar ke pejabat Menteri Besar.

Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses kristianisasi yang dilalukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?

4. Tindakan Jais melengah-lengah isu ini sehingga menimbulkan polemik umum tentulah tidak mendatangkan kebaikan kepada semua di waktu yang sama, ada pihak dalaman yang meledakkan pelbagai bukti dalam blog pro-Umno.

Kini, rakyat tengah menanti tindakan Jais, lebih-lebih lagi PAS Pusat telah menyatakan pendirian mempertahankan aqidah umat Islam dari sebarang usaha untuk mengganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

Kita sedar dalam sebarang tindakan kita perlu berhemah dan tepat dalam tindakan, kerana bukan soal kita tidak pertahan aqidah ummah, tetapi tindakan yang terburu-buru hanya menjerumus kita kepada perangkap yang sengaja dipasang oleh Umno dan merosakkan lagi nama baik agama Islam yang kini sudah tercacat cela akibat perbuatan Umno selama ini.

Bayangkan, setelah 54 tahun Umno mentadbir negara, ada lagi kes orang Melayu nak keluar Islam? Tak terfikirkah kita mengapa? Tak sedihkah kita?

Apa yang dipentingkan puak Umno ini dalam isu murtad ini ialah untuk mencari mangsa untuk menanggung kelalaian mereka dalam menjalankan tugas ‘demi bangsa, agama dan negara’ selama 54 tahun ini.

Adakah Umno cuba mencari penyelesaian dalam isu murtad ini? Tengoklah kenyataan-kenyataan mereka, mereka hanya nak cari siapa yang harus dipersalahkan dalam isu ini, dan tiada satu pun cadangan penyelesaian dibuat.

Padahal, selama ini umat Islam sentiasa bertanya:
Kenapa kerajaan tidak sedia menggubal akta pencegahan murtad?
Kenapa ajaran Qadiani terus dibiarkan di Kg Nakhoda, Batu Caves yang banyak merosakkan aqidah umat Islam?
Di mana Umno dalam isu Lina Joy dan Ayah Pin yang sehingga kini masih bebas?

PAS tegas menjaga aqidah umat Islam, dan pada masa yang sama PAS juga pentingkan cara menyelesaikan isu murtad ini dengan baik supaya keamanan dan keharmonian antara rakyat Malaysia sentiasa dipelihara dan dijaga berbanding dengan Umno yang hanya ingin keuntungan politik dalam sebarang hal.

Isu aqidah – Umno marah pada PAS kononnya PAS tak mempertahankan aqidah umat Islam sebab ada kepentingan politik yang memihak kepadanya.

Isu jual kerakyatan rakyat – Umno bukan sahaja membisu malah meraikannya dengan segala penafian kepada segala bukti yang PAS bawa sebab ada kepentingan politik yang tidak memihak kepadanya.

Itulah Umno – dah jual agama selama ini dengan menakutkan Islam kepada rakyat bukan Islam untuk kekal berkuasa tetiba ingin menjadi hero Islam.

Apabila rakyat bukan Islam dah sedar atas penipuan mereka, sekarang mereka jual negara dengan beri kerakyatan kepada warga asing, terutama warga Indonesia supaya boleh meningkatkan jumlah ‘undi Melayu’ pada mereka atas slogan pembela orang Melayu untuk kekal berkuasa.

Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

One thought on “Isu JAIS – Reaksi Dan Tindakan Umno Cukup Mencurigakan

  1. sony@ Abg Man berkata:

    Salam Tuan Man. Nama kita serupa……. orang kpg panggil saya abg Man….. Saya baca artikel ini agak lucu lagi melucukan….. Dalam isu murtad ini sukar untuk kita menyalahkan satu sama lain…… selagi ada orang ke-3 ( setan/ syaitan) manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan….. sedangkan Bapa kita Adam dan Ibu kita Hawa lagi termakan dengan hasutan syaitan. Apa yang penting sekarang ialah…… jangan kita menyokong sebarang perjuangan orang yang menyokong serta mempertahankan orang yang murtad……. sudah terang lagi bersuluh……. nak terang lagi tengok bila anak bulan berkembar keluar@ tengok dari bulan penuh, tak jelas lagi guna Roket untuk melihat serta mengamati apa kelemahan serta kesilapan kita sebenarnya….. saya tidak menyokong mana-mana parti… kerana bagi saya berpolitik adalah peluang kerja bagi mana-mana manusia yang ingin mendapatkan jawatan.. Ingatlah siapa manusia keparat yang mempertahankan kes Lina Joy. Manusia itulah yang disokong golongan ulamak tersohor seperti anda dan rakan anda yang lain. kalau lupa saya ingatkan…. Bersih 2.0 ( Ambiga ) Dialah manusia yang mempertaahankan Lina Joy….. sehingga golongan ulama masa itu melenting sampai putus urat leher….. Tapi kenapa hari ini mendokong perjuangan Ambiga….. Kalau saya jadi anda, saya akan berdoa semoga Allah Melindungi Umat islam diseluruh Dunia, Buat solat hajat beramai-ramai diseluruh pelusuk negara… ini cara yang betul. Bukan berdoa supaya M.Saiful kena bala. Allah dah makbulkan hajat anda… dan kebenarannya telah kelihatan…. yang mana insan yang disanjung semakin banyak dibuktikan dengan isu Moral…. Tak dapat hidayah dari Allah lagi ke semua ulama-ulama. Ingatlah jika saya orang Sarawak boleh melihat kedayusan pemimpin-pemimpin Islam, Mengapa pemimpin-pemimpin Islam semenanjung yang kononnya hebat tidak melihat perkara ini. sebagai rakyat saya melihat opera yang dimainkan oleh semua pemimpin Islam dipentas politik. Anda tidak layak menghakimi diri sendiri, sebaliknya penonton berhak menilai persembahan anda dipentas politik…….. Semoga anda orang pertama yang menyedari kesilapan sendiri serta berubah memperbaiki keterlanjuran diri……Berdolah kepada Allah Swt, semoha kesucian Islam terpelihara serta akidah umat islam jadi ikutan semua umat manusia……….

    Yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri dan buah fikiran yang baik itu datangnya dari Allah Swt..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Ogos 2011
I S R K J S A
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: