KAWAL KETAT KE ATAS PROSES PENYEMBELIHAN AYAM

2

Ogos 22, 2011 oleh pemudawilayah


Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS) memandang serius laporan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang mendapati kira-kira 60,000 ekor ayam segar atau 30 peratus daripada bekalan ayam segar di negeri Johor diragui status halal dan kesuciannya. LaPAS difahamkan ia berpunca daripada sikap segelintir pengusaha pusat penyembelihan yang menjalankan kerja-kerja penyembelihan tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

LaPAS mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIS) yang berjaya mengesan dan membuat serbuan ke atas premis terbabit. Bagi LaPAS, isu sembelihan ayam halal adalah isu yang sangat penting kepada umat Islam. LaPAS percaya umat Islam tidak rela makanan yang masuk ke tubuh badan mereka dan menjadi darah daging berpunca dari sumber yang haram.

Adalah diharapkan agar JAIJ dan kerajaan bertindak tegas terhadap mana-mana pengusaha yang gagal mematuhi kawalan syariah dengan menghentikan operasi perniagaan mereka, menyita premis serta membekukan lesen perniagaan. Pengusaha seperti ini tidak layak untuk menjalalankan perniagaan mereka kerana tidak menjaga amanah umat Islam bagi menjaga halal dan haram pada makanan yang mereka usahakan.  Ini juga sebagai peringatan keras agar pengusaha dan pembekal makanan bersikap lebih berhati-hati dengan mematuhi segala prosedur halal yang ditetapkan.

LaPAS turut mengharapkan agar Jabatan Agama Islam di negeri-negeri lain mengambil tindakan sama dengan menjejaki, mengesan, memantau serta menyiasat pembekal atau pengusaha pusat penyembelihan yang tidak mematuhi prosedur penyembelihan dengan betul.

Selain itu, LaPAS meminta agar kerajaan memastikan bekalan ayam sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan rakyat menjelang Aidilfiitri. Ini bagi mengelakkan sesetengah pengusaha atau penjual mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam sesuka hati mereka.  Kawalan harga bagi ayam dan barang-barang keperluan amat penting bagi melindungi hak pengguna. Pengguna tidak rela mereka membeli makanan dan barang keperluan lainnya di musim perayaan ini dalam keadaan mereka pula ‘disembelih’ oleh penjual yang tidak bertanggungjawab.

Disediakan oleh;

YB UST. MOHD FIRDAUS JAAFAR

Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar

Dewan Pemuda PAS Malaysia

2 thoughts on “KAWAL KETAT KE ATAS PROSES PENYEMBELIHAN AYAM

  1. Abu Amir berkata:

    Pekara yg macam ini pun mereka tak boleh selesaikan? Macamlah negara mesia ni besar sangat sampai tak boleh kawal. Sebab itu pendatang haram sampai berjuta-juta org sebab tak terkawal. Pastikan setiap pusat sebelihan berdaftar/ berlesen dan sembelihannya halal. Sekiranya tidak halal mereka tidak dibenarkan jual kpd org Islam. Pastikan ada tag halal pada setiap ekor ayam sembelihan yg dijual kpd org Islam.

    Macam mana nak jadikan mesia hub halal sedangkan halal dlm negara pun tak terkawal……

  2. Abu Amir berkata:

    Abu Amir :
    Pekara yg macam ini pun mereka tak boleh selesaikan? Macamlah negara mesia ni besar sangat sampai tak boleh kawal. Sebab itu pendatang haram sampai berjuta-juta org sebab tak terkawal. Pastikan setiap pusat sembelihan berdaftar/ berlesen dan sembelihannya halal. Sekiranya tidak halal mereka tidak dibenarkan jual kpd org Islam. Pastikan ada tag halal pada setiap ekor ayam sembelihan yg dijual kpd org Islam.
    Macam mana nak jadikan mesia hub halal sedangkan halal dlm negara pun tak terkawal……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Ogos 2011
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: