RAKYAT PERLU BERKONGSI MAKLUMAT TARIKH PRU KE 13

Tinggalkan komen

September 13, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong gesaan yang dibuat oleh YB Salahuddin Ayub dalam meletakkan syarat untuk menyertai jawatankuasa pilihan khas Parlimen pembaharuan pilihanraya. Antara syarat yang diletakkan itu adalah supaya tarikh pilihanraya umum ke 13 ditetapkan secara bersama.

DPPWP merasakan sudah sampai masanya pembaharuan secara total dilakukan dalam sistem pilihanraya di Malaysia. Antara asas perubahan tersebut adalah mengenai tarikh pilihanraya yang perlu dikongsikan secara bersama, bukan setakat parti politik yang bertanding, bahkan kepada semua rakyat Malaysia. Sudah tidak relevan lagi bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulen, tarikh pilihanraya dirahsiakan dari umum. Sedangkan parti politik yang bertanding merupakan pelanggan tetap pilihanraya di negara demokrasi seperti Malaysia.

Bagi negara-negara maju yang tinggi amalan demokrasinya, tarikh pilihanraya negara mereka diumumkan setahun bahkan lebih awal dari itu kepada umum. Oleh kerana itu, parti-parti politik yang bertanding sama ada kerajaan mahupun pembangkang mampu bersedia lebih awal dan berpuas hati walaupun mereka kalah dalam pilihanraya.

Di Malaysia, selama ini parti politik pembangkang selalunya akan terkejut dengan pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri. Dalam keadaan parti pembangkang tidak bersedia itulah biasanya PM akan memanggil pilihanraya. Selama bertahun-tahun Perdana Menteri membiarkan rakyatnya menjadi nujum yang meramal tarikh pilihanraya umum. Selama inii jugalah segala perancangan parti politik dalam menyusun jadual dan gerak kerja akan tergendala kerana terganggu dengan jangkaan pilihanraya umum berlangsung.

Sebaiknya Perdana Menteri  berbincang dengan pemimpin parti-parti politik termasuk daripada pembangkang untuk menetapkan tarikh sesuai diadakan pilihanraya. Rakyat juga berhak mengetahui bila pilihanraya memandangkan mereka juga sebagai pengundi yang menentukan pemimpin dan kerajaan di Malaysia. Oleh itu, DPPWP berpandangan jika Perdana Menteri ikhlas mahu melakukan perubahan dalam sistem pilihanraya di Malaysia, beliau perlu menerima semua syarat daripada Pakatan Rakyat. Jika tidak selamanya sistem pilihanraya di Malaysia menjadi sindiran dan bahan ketawa rakyat, dan PM hanya retorik sahaja dalam melaungkan slogan perubahan!

Disediakan oleh;

 

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: