PAS Hormati Keputusan Muhyiddin, Nasihat Umno Berhenti Londehkan Hipokrasi Sendiri

2

September 14, 2011 oleh pemudawilayah


Tindakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sanggup berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah mengecewakan banyak pihak kerana sebelum ini, beliaulah yang secara yakin menyuruh Mohamad untuk bertaubat seolah-olah pasti apa yang Utusan Malaysia laporkan terhadap kenyataan Mohamad Sabu adalah benar.

Walaupun demikian, ingin ditegaskan bahawa debat yang dicadangkan PAS berbentuk ilmiah, dan bukannya untuk mencari siapa menang siapa kalah, tetapi untuk rakyat menilai hujah mengenai tafsiran sejarah pra-kemerdekaan masing-masing. Jadi seharusnya, tiada apa yang harus ditakutkan oleh mana-mana pihak sebab debat ilmiah ini bersifat terbuka kepada rakyat.

Meskipun Muhyiddin menolak, namun PAS tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat menghina beliau sebagaimana yang dilakukan oleh graduan Oxford Ketua Pemuda Umno kerana PAS yang mengundang beliau, maka kita perlu hormati keputusan beliau samada untuk terima atau tolak.

Orang ramai ingin mendengar hujah dari kepimpinan kedua-dua parti politik terutamanya setelah pemimpin dan media Umno telah begitu hebat menghentam dan mengkritik serta memutar-belitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Sabu. Apa tidaknya isu ini dibelitkan sehinggakan ada seorang Menteri Besar terpaksa menidakkan kandungan buku yang beliau buat kata pengantarnya 7 tahun lalu demi menyelamatkan putar-belit yang semakin hilang arah.

Sikap demikian tidak menggambarkan keberanian untuk mempertahankan hujah yang dikemukakan sebagaimana PAS, yang telah menyatakan 8 pendirian tegas dalam isu kontroversi sejarah ini.

Cuma PAS nasihatlah kalau undangan debat ilmiah tidak sanggup diterima, Umno haruslah berhenti londehkan hipokrasi sendiri di depan rakyat lagi dengan hanya berani di belakang; tapi bilamana diajak bersemuka, tak sanggup pula.

Selain itu, PAS juga bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Khaled Nordin dan Tun Dr Mahathir bahawa perlunya ada kajian semula terhadap sejarah kemerdekaan negara kerana terdapat fakta yang dihilangkan dalam sejarah.

Perkara ini dilihat semakin perlu hari ke hari, lebih-lebih lagi dalam keadaaan rakyat, terutamanya pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tidak pasti samada perkataan ‘Merdeka’ patut digunakan bersama tarikh 31 Ogos 1957 apabila Majlis Professor Negara (MPN) dan Dr Mahathir telah secara tegas dan yakin menyatakan secara teknikalnya negara kita tidak pernah dijajah.

Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

2 thoughts on “PAS Hormati Keputusan Muhyiddin, Nasihat Umno Berhenti Londehkan Hipokrasi Sendiri

  1. Lankas berkata:

    SAYA CADANGKAN PAS SEMAK AHLINYA YANG SYIAH TERUTAMA DI NEGERI TOK GURU NIK AZIZ….LANTANG BENAR DAN BERANI BENAR DIA BERSUARA DI BAWAH KWLANGKANG TOK GURU DENGAN BENDERA PAS DI BELAKANGNYA DAN MENGUTUK SAHABAT AGUNG….APA KE JADAH PARTI ISLAM MACAM NI….MENTANG2 ORANG NOMBOR 2 NYA SEKARANG PENYOKONG (ATAU PENGIKUT) SYIAH, MAKA USTAZ ULAMA YANG ADA HANYA MENJADI PENDALIL KEPADA PENYOKONG SYIAH NI…APO DAH JADI USTAZ SEMUA….JANGAN POLITIK SANGAT, BUSUK NAMA NANTI…BIAR POLITIK BERIMAN

    • azman kecewa berkata:

      Setuju dengan Lankas… Politik pas hari ini LEMAH dan LELAH.

      Dulu pas sangat di hormati. Kini siapa lah di mata kami? LOW Class
      Teguran ini adalah bagi mengubah gaya kepimpinan PAS agar lebih islamik dan kekal dengan matlamat dahulu menegakkan negara islam.

      Kepada para ulama pas.. harap tegur2 la pemimpin PAS yang dah mula terpesong atau mula memeri nama buruk pada pas.

      jadilah pas yang dahulu.. pemikirannya di hormati, kepimpinannya di segani dan kata-katanya penuh ilmiah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

September 2011
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: