SETAKAT HAPUS ISA TIDAK BOLEH DIANGGAP NEGARA TERBAIK DEMOKRASI

Tinggalkan komen

September 20, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap kenyataan Perdana Menteri bahawa pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia adalah sebagai kenyataan yang tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata.

Ini kerana, ISA adalah satu daripada ratusan isu serta akta yang menyekat kebebasan rakyat Malaysia selama ini. ISA adalah akta drakonian yang ketinggalan zaman. Hanya sekarang Perdana Menteri menyedarinya, itupun kerana desakan rakyat, maka Perdana Mneteri terpaksa mansuhkannya. Hakikat sebenarnya Malaysia telah jauh ketinggalan daripada negara-negara yang tinggi amalan demokrasinya di dunia ini, apatah lagi untuk dinobatkan sebagai negara demokrasi yang terbaik.

Jika benar Perdana Menteri berhasrat menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik, banyak perkara yang perlu diubah dalam negara ini. Selain ISA, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Ordinan Darurat (EO), Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta lain-lain lagi perlu dinilai kembali keberkesanannya. Ini kerana akta-akta ini sudah tidak relevan lagi untuk dilaksanakan ketika ini.

Selain itu, kredibiliti golongan penting yang mewakili agensi utama kerajaan seperti Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, dan lain-lain lagi perlu diangkat martabat mereka. Untuk memulihkan imej mereka di mata rakyat, Perdana Menteri mesti berjanji untuk membebaskan mereka dari sebarang pengaruh parti politik. Sebarang campurtangan politik dalam setiap keputusan atau tindakan akan menjejaskan integriti mereka di depan rakyat.

Perdana Menteri juga perlu membebaskan kongkongan parti pemerintah terhadap media utama di negara ini. Rakyat melihat media di negara ini pada hari ini sebagai agensi yang terpenjara dengan berita dan maklumat yang bersifat berat sebelah semata-mata. Saban hari yang menjadi mangsa serangan bertali arus media adalah PAS dan Pakatan Rakyat sementara yang dipuja dan suci dari sebarang dosa adalah pemimpin UMNO-BN.  Bagi mereka yang celik maklumat, berita daripada media arus perdana sangat memualkan.

Akhir sekali Perdana Menteri juga perlu memberi komitmen untuk membersihkan sistem pilihanraya dari sebarang penipuan. Dengan daftar pemilih yang semakin dicurigai, undi pos yang masih digunakan, dakwat kekal yang masih tidak dilaksanakan, pengundi bangsa asing yang semakin kerap dijumpai, kempen yang berat sebelah, dan lain-lain lagi menunjukkan Malaysia jauh ketinggalan untuk menjadi negara demokrasi terbaik di dunia. Mungkin juga Malaysia boleh menjadi negara demokrasi terbaik di dunia, tetapi dari kalangan negara yang mengamalkan kuku besi dan autokratik!

Disediakan oleh;


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: