JAMBORI ARC PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

Tinggalkan komen

September 21, 2011 oleh pemudawilayah


Jabatan Seni, Kebudayaan dan Sukan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DACS) bakal menganjurkan Program Jambori ARC Peringkat Kebangsaan buat kali ke 2 yang akan berlangsung pada 30 Sept – 02 Okt. 2011. Program yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam ini akan mengumpulkan ahli Alternatif Riding Club (ARC) dari seluruh Malaysia.

Melihatkan sambutan yang amat menggalakkan ketika menganjurkan jambori kali pertama pada tahun lepas di Kem Bari, Pantai Maran Setiu Terengganu, DACS bersama ARC mengambil inisiatif untuk menganjurkan sekali lagi program jambori ini akibat desakan dan permintaan daripada anak-anak muda di seluruh Malaysia.

Program yang rata-ratanya melibatkan anak-anak muda yang bermotosikal ini bertujuan untuk menarik minat golongan ini supaya mereka tidak memandang bahawa PAS hanyalah parti politik semata-mata namun dalam masa yang sama merupakan merupakan sebuah badan dakwah. Sambil itu juga PAS mahu menunjukkan bahawa Islam itu adalah syumul dan tidaklah agama yang jumud sehinggakan sesetengah pihak hanya melihat Islam ini sesuai di masjid dan surau sahaja namun tidak mengambilnya didalam seluruh kehidupan.

Tapak program kali ini setelah dipersetujui akan diadakan di Puncak Gunung Jerai, Kedah Darul Aman. Suasana yang nyaman serta keindahan alam semulajadi menjadikan ianya sesuai untuk program rekreasi serta tarbiyah. Program-program yang disusun juga dianggap bersesuaian dengan anak-anak muda bermotosikal namun tidak dilupakan juga dengan pengisian rohani kerana inilah yang akan membentuk seseorang itu menjadi manusia yang berguna dunia dan akhirat.

Antara penceramah yang akan mengisi slot tazkirah adalah Ust.Nasruddin Hassan Tantawi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ust.Firdaus Jaafar (AJK Dewan Pemuda PAS Malaysia/Ahli Parlimen Jerai), Ust.Ahmad Yahya (Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah) serta penceramah tersohor Malaysia iaitu Ust.Azhar Idrus.

Sementara itu yang akan merasmikan program jambori ini nanti adalah YB Dato’ Hj.Mahfuz Omar yang merupakan Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena dan akan disempurnakan majlis penutupannya oleh YB Dato’ Dr.Hamdan Mohamed Khalib (EXCO Kerajaan Negeri Kedah/ADUN Tanjung Dawai). DACS dan ARC juga mengalu-alukan penyertaan daripada individu-individu dan tidak terhad hanya kepada ahli. Bagi sesiapa yang mahu hadir berkereta juga digalakkan demi untuk memeriahkan suasana. Semoga majlis ini akan diberkati Allah swt…..Insyaallah

Disediakan oleh;

 

A.Halim Ahmad

Pengerusi

DACS Pemuda PAS Pusat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: