BATALKAN BACAAN KALI KEDUA AKTA KAMPUNG BARU DI PARLIMEN

Tinggalkan komen

September 22, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal kerana Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkeras mahu membawa Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru untuk bacaan kali kedua di Parlimen bermula bulan depan sedangkan majoriti penduduk menolaknya.

Bagi DPPWP, Menteri Wilayah Persekutuan dan kerajaan bersikap sombong dari mendengar keluhan dan rayuan pemilik asal Kampung Baru. Rata-rata penduduk Kampung baru menolak bacaan kali kedua Rang Undang-Undang ini. Sepatutnya jika kerajaan prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan perlu menghormati kehendak penduduk Kampung Baru sebelum membuat keputusan. Hasil tinjauan DPPWP ke Kampung Baru sendiri, banyak sepanduk yang dipasang oleh penduduk tempatan yang menolak cadangan kerajaan untuk melaksanakan rang Undang-Undang ini. Apakah ertinya Rang Undang-undang ini jika ia diluluskan kelak di parlimen, sedangkan rakyat di bawah terutama di Kampung Baru sendiri menolaknya?

Kampung Baru adalah antara kampung tradisi milik Orang Melayu di Kuala Lumpur. Selain Kampung Baru, banyak kampung yang telah dirobohkan manakala penduduknya terpaksa berhijrah dan menjadi mangsa hasil pembangunan pesat Ibukota. Yang menjadi mangsa ini pula majoritinya adalah Orang Melayu. Mengapa pemimpin negara yang sebangsa dengan penduduk Kampung Baru tidak boleh mengalah dan berlembut dengan rakyatnya serta di tanah tumpah mereka sendiri?

Jika mercu tanda bagi Kampung Melayu di Kuala Lumpur ini juga hendak di ‘mangsa’kan, apakah hasil peninggalan Orang Melayu di Kuala Lumpur yang boleh dibanggakan lagi. Penduduk Kampung Baru bukan tidak mahukan pembangunan, tetapi biarlah mereka sendiri yang menentukan bentuk pembangunan tersebut. Banyak lagi tanah di Kuala Lumpur yang boleh di majukan selain dari Kampung Baru. Bahkan, DPPWP percaya dengan mengekalkan imej Kampung Baru, ia sendiri akan menjadi suatu tarikan kepada pelancong yang mahu melihat tradisi Kampung warisan Melayu ini.

Jika kerajaan benar-benar berhasrat mahu memajukan Kampung Baru, maka insentif berbentuk kewangan kepada penduduk asal boleh diberikan untuk menaiktaraf kediaman mereka sendiri. Kerajaan juga boleh meningkatkan infrastruktur asas seperti pelebaran jalan raya, dewan orang ramai, surau dan masjid, serta tempat parkir yang mencukupi bagi pengunjung, dan ruang yang selesa buat peniaga-peniaga kecil di kawasan itu.

Akhirnya, DPPWP dan juga rakyat khususnya penduduk Kampung Baru mendesak agar kerajaan membatalkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Kampung Baru di Parlimen Oktober nanti. Kampung Baru menjadi tanda aras kepada kebangkitan rakyat di seluruh negara, dan jangan menyesal jika rakyat bangkit menolak UMNO-BN dalam PRU ke 13 diseluruh negara  jika kerajaan tetap menolak tuntutan penduduk Kampung Baru.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: