SPRM PERLU JAGA INTEGRITI PASUKANNYA!

Tinggalkan komen

September 23, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengingatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan semua Jabatan-Jabatan kerajaan yang lain agar menjaga integriti pasukan masing-masing supaya ia terus dihormati dan diberi kepercayaan rakyat Malaysia.

DPPM merujuk kepada peristiwa tiga orang Pegawai SPRM yang ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan kes samun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September 2011 yang lalu. Meskipun ia dianggap kes terpencil dan hanya melibatkan beberapa orang pegawai bawahan sahaja, bagi DPPM kes ini tetap penting sebagai rujukan di masa hadapan. DPPM bimbang jika timbul persepsi dikalangan rakyat bahawa jika pegawai SPRM sendiri terlibat dengan rompakan dan samun, apakah lagi harapan boleh disandarkan terhadap tahap keselamatan di negara ini. Sebelum ini telah banyak kes pegawai-pegawai keselamatan negara seperti polis, tentera dan lain-lain yang terlibat dengan jenayah.

Sebagai sebuah badan yang mengendalikan kes rasuah di Malaysia, SPRM perlu menjadi sebuah badan yang bersih dan dilihat bersih. Ia mesti menjadi sebuah agensi yang diyakini dan dipercayai rakyat. Justeru, SPRM seharusnya memantau dan mengawasi setiap anggotanya agar tidak terlibat sama sekali dengan aktiviti yang menimbulkan kecurigaan masyarakat, apatah lagi terlibat dengan jenayah. Mana-mana anggota yang tidak berdisiplin dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan hendaklah diambil tindakan segera. Imej SPRM belum dipulihkan sepenuhnya di mata rakyat apabila berlaku dua kematian di Pejabat SPRM iaitu kes yang berlaku kepada Teoh Beng Hock dan Sarbaini.

Dalam hal ini DPPM mengharapkan agar SPRM lebih berhati-hati dalam mengambil mana-mana individu bertugas sebagai pegawai di agensi tersebut. Latarbelakang seseorang individu yang akan dilantik hendaklah diteliti dan disemak. Bukan sekadar kelulusan akademik dan pengalaman luas, lebih dari itu pegawai SPRM perlu mempunyai akhlak yang baik, amanah, boleh dipercayai dan menunaikan hak sebagai orang Islam. Kelas-kelas pengajian ilmu dan pemahaman Islam mesti diberikan terhadap anggota agar mereka lebih berakhlak dan menjaga syariat Islam.  Amaran segera perlu dikeluarkan kepada semua pegawai agensinya agar tidak terlibat dengan aktiviti serupa seperti pegawai yang ditahan itu.

SPRM perlu jadikan kes tiga pegawai yang ditahan kerana kes samun ini sebagai pengajaran penting. Jadikan peristiwa ini sebagai yang pertama dan terakhir, dan pastikan ia tidak berulang di masa hadapan.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: