SYABAS KERAJAAN SELANGOR! TERUSKAN AGENDA MEMBELA RAKYAT

2

September 23, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang berjaya menambah simpanan tunai kerajaan negeri sebanyak RM1.1 bilion, dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun.

Pencapaian ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah selama 3 tahun ini lebih baik daripada kerajaan di bawah Barisan Nasional yang telah memerintah puluhan tahun lamanya. Meskipun diserang oleh media arus perdana dan kerajaan UMNO-BN, kerajaan Pakatan Rakyat terus unggul dengan mencipta pelbagai kejayaan yang menguntungkan kerajaan negeri dan rakyat.

DPPWP percaya kejayaan ini diperolehi hasil daripada titik peluh, kesabaran, serta komitmen pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang berusaha dan berjuang demi rakyat, bukan untuk kepentingan diri sendiri. Kejayaan ini juga membuktikan bahawa pengurusan yang cekap, telus dan amanah mampu memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negeri. Sementara  ketirisan, pemborosan serta kepimpinan yang tidak amanah dan cekap merugikan kerajaan dan negara.

Selain itu, pembangunan yang berteraskan kebajikan di atas dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” berjaya membuktikan bahawa agenda mengutamakan kebajikan rakyat tidak merugikan negeri. Malah agenda kebajikan inilah yang membawa pulangan serta keuntungan berlipat kali ganda kepada negeri. Justeru, DPPWP menyeru agar kerajaan negeri-negeri lain mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajaan Paktan Rakyat Negeri Selangor dengan pelbagai insentif khusus buat rakyat di negeri masing-masing.

Akhir sekali, DPPWP mengharapkan agar program penerangan di negeri Selangor dipertingkatkan agar rakyat keseluruhannya mengetahui kejayaan yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. DPPWP bimbang, program penerangan tidak sampai ke akar umbi yang menyebabkan rakyat tidak mendapat maklumat  sebenar apa yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor selama 3 tahun ini. Semoga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus diberi kepercayaan untuk meneraju pentadbiran negeri selepas PRU ke 13 nanti. Teruskan kerajaan Selangor didalam membela kebajikan rakyat!

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

2 thoughts on “SYABAS KERAJAAN SELANGOR! TERUSKAN AGENDA MEMBELA RAKYAT

  1. hassan turabi berkata:

    kenapa UMNO semasa memrintah Selagor bertahun tahun dulu tak boleh bagi air percuma. RM 11.60 sen setiap bulan . Lagi mahu sokong BN. ka . Mahu susah lagi ……….

    • madi berkata:

      Bela rakyat ke?Hantar resit merah dah kena RM50…….kos pemotongan konon……air belum potong dah kena Rm 50…ape ni?….bela rakyat ke ni?ke pekerja syabas tak buat keje……agak2 le……TNB pun hantar notis dulu….Kalau potong baru dia cas…..Syabas belum potong dah Cas……..gila ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: