HARAP RAMAI LAGI PENDUDUK KG BARU TAMPIL NYATAKAN BANTAHAN

Tinggalkan komen

September 27, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) mengharapkan lebih ramai penduduk Kampung Baru tampil ke depan bagi mendesak kerajaan khususnya Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menarik balik bacaan kali kedua bacaan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru di Parlimen pada bulan Oktober nanti. DPPKT sanggup menyediakan ruang buat penduduk Kampung Baru menyuarakan rasa hati mereka jika mereka sanggup berbuat demikian. Ini kerana isu Kampung Baru bukanlah isu politik yang boleh dipolemikkan. Ia adalah isu Orang Melayu dan survival Orang Melayu di Kuala Lumpur bergantung kepada isu Kampung Baru.

DPPKT juga menyokong desakan YB Salahuddin Ayub supaya Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru ditarik balik kerana ia tidak matang untuk dibentangkan di Parlimen nanti. Mengapa kerajaan perlu tergesa-gesa untuk membentangkan di parlimen sedangkan majoriti penduduk masih tidak faham, bahkan ramai yang menolaknya? Mungkinkah ada sesuatu kepentingan lain disebalik pembentangan Rang Undang-Undang ini tanpa pengetahuan umum?

Ramai yang membantah kerana beberapa item yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang tersebut yang secara jelas kesannya akan mengenepikan MAS (Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu) sebagai pentadbir Kampung Baru yang telah mentadbir selama 111 tahun lamanya. Yang menghairankan, mengapa perlu diwujudkan Perbadanan Kampung Baru sedangkan MAS telah sedia ada untuk mengawal dan mentadbir Kampung Baru. Jika MAS bermasalah, ia perlu diperkemaskan dan diperkasakan, bukan digantikan dengan organisasi lain.

Selain itu, penduduk Kampung Baru bimbang kerana Perbadanan ini diberikan imuniti yang  membawa maksud ia tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. Ia beerti Perbadanan Kampung Baru kebal dari sebarang tindakan undang-undang. Menteri Wilayah Persekutuan pula diberikan kuasa mutlak dalam membuat sebarang keputusan. Secara logiknya, sesiapa yang membaca Rang Undang-Undang ini pasti menyatakan bahawa ia jelas berat sebelah.

DPPKT turut menyokong agar perkembangan referendum rakyat didedahkan kepada penduduk Kampung Baru secara telus. Dengan referendum ini barulah diketahui benarkah penduduk menyokong Rang Undang-Undang ini atau sebaliknya.  DPPKT difahamkan hanya 30 peratus penduduk memulangkan borang referendum tersebut. Jika benar demikian, bagaimana kerajaan boleh membuat keputusan dalam keadaan majoriti penduduk tidak diketahui sikap mereka.

Justeru, DPPKT bersama penduduk Kampung Baru membantah bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru pada bulan Oktober nanti. Kampung Baru perlu dipertahankan, kerana hanya itulah sahaja warisan milik Orang Melayu di Kuala Lumpur ini. Sejarah akan mencatat jika ia dibentang dan diluluskan di Parlimen kelak, Kampung Baru akan hanya tinggal nama dalam buku sejarah untuk dibaca oleh generasi muda akan datang.

Disediakan oleh;


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: