Bangunkan Tapak Flat Pekeliling dan Jalan Kuching Sebelum Sentuh Kg. Bharu

Tinggalkan komen

September 28, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengesa agar Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar terlebih dahulu membentang dan melaksanakan projek pembangunan semula tapak Flat di Jalan Pekeliling dan Jalan Kuching sebelum mendesak Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru.

Kenapa begitu terdesak untuk menubuhkan Perbadanan itu yang penduduk Kg. Bharu sendiri tidak bersetuju? DPPWP melihat Pihak Kementerian gagal dalam merujuk keutamaan perancangan pembangunan di Kuala Lumpur dan mengabaikan kehendak rakyat. Pada masa ini rakyat di Kuala Lumpur khususnya kalangan yang berpendapatan rendah mahu cadangan asal pembinaan semula tapak Flat Jalan Pekeliling dan Jalan Kuching dengan setiap unit rumah mempunyai 3 bilik berbanding sebelum ini diteruskan. Flat-flat berkenaan telah lama dikosongkan dan kini menjadi tempat pembuangan sampah dan aktiviti yang tidak bermoral.

DPPWP yakin bahawa, adanya kepentingan tertentu yang mahu mengadaikan tanah Kg. Bharu yang letaknya ditengah-tengah Kuala Lumpur, sedangkan Flat Jalan Pekeliling dan Jalan Kuching agak jauh dari segitiga emas yang disebutkan dalam pelan Transformasi Negara baru-baru ini. Disebabkan itu, pembangunan di tapak Flat berkenaan dianak tirikan dan kontraktor yang di upah untuk meruntuhkan bangunan lama itu gagal menjalankan tugas sejak sekian lama. Pihak Menteri dan DBKL perlu berikan jawapan di atas kegagalan itu.

Tidak mustahil kegagalan yang sama berlaku kepada Pembangunan Kg. Bharu. Mula-mula sahaja ianya jadi panas, tapi bila masuk kepada fasa perlaksanaan pembangunan, semuanya akan jadi sejuk dan duit rakyat yang dilaburkan habis disapu oleh kontraktor kroni tanpa sebarang hasil. Akhirnya penduduk Kg. Bharu juga yang jadi mangsa.

DPPWP bertegas agar pihak Menteri bertanggungjawab dan memastikan tanah-tanah awam yang sepatutnya dijadikan tapak perumahan rakyat tidak digadaikan untuk kepentingan komersial. Masalah perumahan dan harga rumah yang mahal di Kuala Lumpur menyebabkan ramai rakyat tempatan di wilayah ini berpindah ke luar. Sepatutnya ini tidak berlaku jika tanah yang ada disusun atur kegunaannya untuk membina lebih banyak rumah-rumah kos rendah untuk rakyat selari dengan pembangunan zon-zon komersial yang ada.

DPPWP juga mengingatkan Menteri agar tidak sesukahati menyentuh tanah di Kampung-kampung Tradisi dan dan Kg. Bharu dengan alasan pembangunan sebelum mendapat persetujuan penduduk. Hormatilah hak rakyat yang telah puluhan tahun menjadi penduduk di Kuala Lumpur ini.

Kepada warga Kuala Lumpur, pastikan wilayah ini tidak digadaikan dan teruskan mengundi wakil-wakil rakyat Pakatan.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: