Hapus Kuota Bumiputra, Umno Terus Khianat Melayu

Tinggalkan komen

September 28, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengesa Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Malaysia menarik balik hasrat beliau yang mahu menghapuskan terus Kuota Bumiputra dan mengunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan Bumiputra untuk bersaing secara terbuka.

Penghapusan kuota Bumiputra ini adalah satu pengkhianatan Umno kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan. Jika Kuota dihapuskan, apa lagi yang tinggal sedangkan baki yang ada dari 30 peratus dahulu sebenarnya hanyalah tinggal 12.5 peratus sahaja. Rakyat tidak lupa bahawa pada 2009, Najib jugalah orang yang bertanggungjawab menurunkan Kuota ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus. Demi merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) Kuota Bumiputra dimangsakan, sedangkan banyak lagi perkara lain yang belum dilakukan Umno sepanjang hampir 12 penggal pemerintahannya.

Kegagalan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di Jabatan Perdana Menteri memainkan peranannya menunjukan bahawa Perdana Menteri dan Umno tidak serius dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu. Cadangan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) juga hanyalah satu helah untuk menunjukan bahawa mereka telah melakukan sesuatu sedangkan MTEM ini hanyalah dianggotai oleh ahli-ahli yang bernaung dalam Biro Ekonomi Umno yang terus menerus diberikan projek-projek khas oleh agensi Kerajaan.

DPPM menyeru agar rakyat dan NGO khususnya kalangan Melayu bangkit menentang dasar ini. Jangan biarkan Presiden Umno sekarang mengadai kepentingan Melayu demi meraihkan pelaburan asing dan juga meningkatkan kekayaan kroni-kroni beliau. Rakyat wajib menolak Umno-BN dalam Pilihanraya akan datang jika mahu negara ini tidak digadaikan oleh pengkhianat.

Riduan Mohd Noor
Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: