KERAJAAN BERMAIN SILAP MATA DENGAN PENDUDUK KAMPUNG BARU

1

Oktober 4, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) merasa kecewa di atas tindakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang tetap meneruskan bacaan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong  Baru 2011 meskipun pada awalnya ditarik balik.

DPPKT berpendapat kerajaan seakan bermain silap mata dengan rakyat bagi mengabui mata penduduk Kampung Baru. Seolah-olah pada peringkat awalnya kerajaan bersedia mendengar pandangan rakyat, sedangkan pada hakikatnya kerajaan tidak langsung mengambil tahu hal rakyat. Dalam keadaan penduduk Kampung Baru meraikan kegembiraan kerana Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2010 ditarik balik, secara tiba-tiba menyusul pula bacaan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong  Baru 2011

Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 dibacakan dalam keadaan penduduk Kampung baru tidak diberikan maklumat dan penerangan yang sebenar. Tindakan ini jelas membelakangkan hak pemilik Kampung Baru yang perlu dimaklumkan terlebih dahulu.

DPPKT kesal kerana kerajaan bersikap ‘flip flop’, tiada pendirian tetap malah sanggup menipu rakyat. Pemilik Kampung Baru sepatutnya diberikan maklumat awal tentang sebarang pindaan atau perubahan terhadap Rang Undang-Undang ini. Ia berkaitan hak milik mereka, justeru mereka wajar tahu apa juga perkembangan Rang Undang-Undang ini terlebih dahulu.

Lebih dari itu, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga langsung tidak diberikan maklumat awal berkenaan pindaan ini. Siapa yang akan bangun mempertahankan Rang Undang-Undang ini di parlimen jika Ahli Parlimen sendiri tidak dimaklumkan lebih awal? Bagi DPPKT tindakan ini mempunyai motif supaya Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat terkejut dan tidak bersedia untuk mempertahankan Rang Undang-Undang ini dari diluluskan.

DPPKT mengharapkan rakyat khususnya pemilik Kampung Baru membuka mata di atas segala yang berlaku iaitu kerajaan UMNO-BN gagal mempertahankan hak milik eksklusif Orang Melayu di Kuala Lumpur. Jadikan Kampung Baru sebagai mercu tanda kebangkitan rakyat dan jadikan PRU ke 13 sebagai hukuman paling bermakna buat UMNO-BN.


Disediakan oleh;


MOHD SHAHIR BIN ABU HASSAN

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

One thought on “KERAJAAN BERMAIN SILAP MATA DENGAN PENDUDUK KAMPUNG BARU

  1. matbanggala berkata:

    adoi pak..macei nok nagis selalu jorr..steady lah..apo nok sodeh kein..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: