DATUK AHMAD JAIS – PERGINYA SEBUTIR PERMATA SENI

1

Oktober 11, 2011 oleh pemudawilayah


Dunia seni tanahair hari ini dikejutkan dengan berita kematian seorang penyanyi veteran yang mempunyai kelas tersendiri iaitu Datuk Mohd. Jais Ahmad ataupun dikenali dengan nama Ahmad Jais. Beliau telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) jam 9.20 pagi tadi. Beliau berusia 75 tahun.

Ahmad Jais yang kita kenali terkenal dengan alunan suara yang menusuk serta lenggokkan nada melayu yang terlekat disetiap atur lirik lagunya membuatkan lagu-lagunya sentiasa terpahat dijiwa setiap rakyat. Beliau tidak hanya mengalunkan lagu-lagu cinta malah sikapnya yang patriotik turut ‘diterjemahkan’ di dalam bentuk lagu seperti lagu Bahtera Merdeka. Siapa yang tidak melalui Hari Raya Eidul Fitri tanpa terdengar ‘kelibat’ lagu dendangan beliau? Lagu dendangannya juga sentiasa mengingatkan kita kepada Yang Maha Kuasa dan yang pastinya lagu Iman Dan Taqwa adalah antara yang paling menyentuh jiwa nurani kita.

Begitulah Ahmad Jais. Walaupun dalam berhibur namun sentiasa mengingatkan kita supaya jangan alpa terhadap Allah swt. Semoga Allah swt mencucuri rahmat buat rohnya. Semoga Allah swt berikan keampunan kepada Allahyarham dengan berlandaskan amalan dan niat beliau semasa didunia ini.Al Fatihah

 

Disediakan oleh;

 

 

 

A.Halim Ahmad

Pengarah

Department Art, Culture & Sports (DACS)

Dewan Pemuda PAS Malaysia

One thought on “DATUK AHMAD JAIS – PERGINYA SEBUTIR PERMATA SENI

  1. suriani abu berkata:

    ayah saya peminat setia allahyarham datuk ahmad jais dan saya dibesarkan dgn lagu2nya. pada suatu masa dulu saya memang tak mengerti mengapa ayah saya begitu mengkagumi lagu2 allahyarham. lama kelamaan saya mula menghayati senikata dan penyampaian allahyarham, baru saya mengerti. lagu2 allahyarham byk berintikan pesan dan pengajaran. kita terasa pemergiannya dari dunia seni. semoga rohnya diberkati dan tergolong dgn orang2 yg beriman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: