DAKWAAN AMBIL TANAH INDONESIA: KERAJAAN PERLU BERSIHKAN NAMA

Tinggalkan komen

Oktober 13, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan Malaysia menyiasat dakwaan kononnya Malaysia telah mengambil tanah 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat. Dakwaan ini telah mengakibatkan kemarahan kepada rakyat Indonesia dan akibatnya mereka mengadakan demontrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Justeru itu, DPPM meminta kerajaan segera membersihkan namanya melalui kenyataan rasmi berhubung isu ini. Dakwaan ini amat serius dan ia berkaitan dengan kedaulatan negara Malaysia dan Indonesia walaupun ia tidak berasas. DPPM tidak mahu negara Malaysia dikaitkan dengan skandal diperingkat antarabangsa. Dalam hal ini, kerajaan perlu menjelaskan keadaan sebenar kepada kerajaan Indonesia agar jangan disalahtafsir atau menimbulkan persepsi buruk terhadap negara jiran. DPPM juga meminta pihak tempatan yang menyebarkan dakyah tersebut bertanggungjawab terhadap isu ini.

Umum mengetahui hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia sejak sekian lama. Kedua-dua negara ibarat saudara yang berasal dari suatu rumpun Melayu di nusantara ini. Ramai warga Indonesia menetap dan bekerja di negara ini, malah ramai yang telah mendapat status warganegara Malaysia. Kita berkongsi sempadan perairan dengan negara jiran. Permusuhan atas dasar apa sekalipun perlu dielakkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Oleh yang demikian, DPPM mengharapkan isu ini mampu diselesaikan dengan baik di meja rundingan. DPPM bersetuju kerajaan menghantar nota diplomatik meminta penjelasan kepada kerajaan Indonesia terhadap insiden ini. Kerajaan Indonesia pula perlu memberi jaminan bahawa insiden ini tidak akan berlaku dan mengawal para demonstran agar tidak merosakkan peralatan serta kawasan kedutaan. Selain itu, DPPM meminta kerajaan melindungi para diplomat serta rakyat Malaysia di Indonesia.  DPPM bimbang mereka akan dicederakan di masa hadapan jika tidak ada kawalan keselamatan yang ketat terhadap mereka. Jika keadaan ini berlarutan dan keadaan terus tidak terkawal, kerajaan tidak perlu teragak-agak untuk  membawa pulang Duta Besar Malaysia di Indonesia bagi mengelakkan kejadian ini berulang.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

Oktober 2011
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: