Guna Saluran Parti Dan Bersangka Baik Sesama Sendiri

Tinggalkan komen

Oktober 13, 2011 oleh pemudawilayah


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan mendapatkan penjelasan sebenar dari pengerusi DHPP berhubung beberapa kenyataan beliau yang dilaporkan dalam pelbagai perspektif. Sehubungan itu, atas dasar mengeratkan muafakat dan sangka baik, Jawatankuasa PAS Pusat akan memanggil beliau dalam masa terdekat untuk memberi maklumat sebenar berhubung beberapa kenyataan terbuka beliau di media yang dilaporkan tidak selari dengan dasar parti.

Sebagai sebuah parti politik yang besar, kita memahami terdapat kadang-kala berlaku salah lapor dalam media berhubung beberapa kenyataan pimpinan. Oleh kerana itu, jalan terbaik ialah mendapat penjelasan langsung dari yang terlibat.Tidak dinafikan, PAS sebagai parti yang besar juga tidak dapat lari daripada dilanda pelbagai isu dalaman. Atas dasar itu, PAS sudahpun mempunyai pelbagai saluran parti untuk mendapatkan maklumbalas dan penjelasan tentang sesuatu isu dalaman.

Ruang demokrasi dalam PAS adalah besar, namun apabila ia melibatkan isu dalaman, disarankan agar semua ahli selesaikan secara bermesyuarat di dalam parti. Jangan jadikan isu dalaman menjadi isu luaran yang seringkali diambil kesempatan oleh musuh untuk menyerang parti. Jangan sesekali bagi media perdana, terutamanya yang dikuasai musuh, peluang untuk ‘mengadakan yang tiada dan memperbesarkan yang kecil’ lebih-lebih lagi dalam keadaan PRU13 semakin mendekat.

Diharapkan ahli-ahli PAS dan DHPP boleh menggunakan saluran ini untuk mendapatkan penjelasan kepada isu-isu yang bersifat dalaman, yakni jabatan penerangan akan cuba menyelesaikannya secepat mungkin. Bersangka baiklah sesama sendiri untuk membawa kemajuan dalam parti.

Diharap agar seluruh jentera parti menumpukan usaha mempertahankan kemenangan yang telah dicapai serta meningkatkan usaha bagi mencapai kemenangan menyeluruh dalam PRU13 nanti.

Kemuncup dalam perjuangan tidak seharusnya menjadi dan dijadikan alasan untuk mengganggu fokus dan tumpuan kerja. Dalam situasi parti sedang membuat persiapan akhir bagi memperkemaskan jentera pilihanraya umum, sewajarnya semua ahli PAS dan DHPP perlu mengeratkan kerjasama dan muafakat untuk menghadapi musuh. Senjata perlu dihalakan kepada musuh.

Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: