JADIKAN BAHASA MELAYU DISEMUA SEKTOR

Tinggalkan komen

Oktober 17, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik langkah kerajaan mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan. Langkah ini positif demi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan meskipun agak terlambat untuk dilaksanakan.

Bagi DPPM, seharusnya tindakan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan telah dilaksanakan sejak 10-15 tahun dahulu. Sepatutnya kerajaan tidak perlu mengambil masa terlalu lama sehingga ke hari ini memikirkan langkah ini dan tidak perlu berkompromi dalam meletakkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara. Negara-negara lain amat menyanjung tinggi bahasa kebangsaan mereka sehingga telah lama dijadikan bahasa utama perantara di negara masing-masing.

Negara-negara hebat dan maju seperti Jepun, China, Korea, Perancis dan lain-lainnya tidak pernah ragu dalam menjadikan bahasa kebangsaan mereka sebagai bahasa utama di negara mereka.  Ternyata menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara dalam semua urusan mampu menaikkan semangat patriotik rakyat di samping mengangkat martabat bahasa kebangsaan ke pentas dunia. Negara-negara ini membuktikan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai antara bahasa terpenting di dunia dan masyarakat dunia perlu mempelajarinya.

Selain langkah di sektor kerajaan, DPPM meminta pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi di laksanakan juga di sektor swasta. Bagi DPPM, kerajaan berhak mewajibkan penggunaan bahasa Melayu di sektor swasta memandangkan masih banyak sektor swasta yang mengguunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara. Ia perlu diamalkan oleh semua bangsa dan kaum agar bahasa Melayu mampu dimartabatkan secara menyeluruh. Apa yang berlaku, masih banyak sektor swasta mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris termasuk dalam surat menyurat, mesyuarat, seminar dan aktiviti, serta dalam temuduga. Pekerja yang bakal diambil bekerja di syarikat mereka diwajibkan mahir dalam bahasa Inggeris sebagai syarat utama. Ini menyebabkan ramai pekerja khususnya mereka yang berbangsa Melayu gagal menepatkan diri di sektor swasta ekoran gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Akhirnya DPPM benar-benar berharap pelaksanaan bahasa Melayu di kekalkan bahkan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Jika benar rakyat cintakan negara sendiri, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam setiap urusan pentadbiran perlu diyakini. Selain itu, sektor bukan kerajaan juga perlu menyambut positif langkah ini dan mengambil langkah serupa dalam setiap urusan mereka. DPPM yakin jika ini berterusan, bahasa Melayu bakal menjadi bahasa penting di rantau Asia malah mungkin antara bahasa terpenting dunia kelak.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: