NAJIB TIDAK TAHU DEFINISI ADIL DALAM PILIHANRAYA

Tinggalkan komen

Oktober 17, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang menyatakan BN tidak pernah memanipulasi pilihanraya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu. DPPM menganggap Dato’ Seri Mohd  Najib terlupa sejarah pilihanraya umum di Malaysia yang menyaksikan bagaimana BN memainkan peranan bagi memenangi setiap pilihanraya berlangsung.

Barangkali Dato’ Seri Najib tidak mengerti definisi sebenar adil menurut perspektif yang betul. Untuk itu, DPPM ingin menanyakan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Najib bagi membuktikan bahawa kenyataannnya betul.

Dalam sejarah  pilihanraya umum berlangsung sejak dahulu sehingga sekarang, bilakah media milik kerajaan UMNO-BN benar-benar bersih daripada kongkongan parti pemerintah UMNO-BN? Setahu DPPM, tidak pernah media rasmi negara bebas dalam melaporkan hal yang sebenarnya. PAS dan Pakatan Rakyat sejak dahulu tidak pernah mendapat liputan yang adil daripada media rasmi. Malah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat selalu ditujah dan diserang dari pelbagai penjuru bagi memburukkan imej PAS di mata masyarakat.  Pernahkah kerajaan Najib memberi kebebasan untuk pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat tampil di media rasmi negara bagi berkempen sebagaimana pemimpin UMNO perolehi setakat ini?

Dalam soal undi pos, PAS telah banyak kemukakan bukti serta saksi betapa undi pos digunakan sebagai alat untuk memenangkan parti pemerintah. PAS pernah membawa beberapa orang bekas anggota tentera yang mengaku pernah mengundi banyak kali dalam sesebuah PRU. Adakah Najib mahu menafikan lagi hal ini? Memang benar ada tempat yang undi pos memihak kepada PAS, tetapi berapa sangatkah jumlah keseluruhannya berbanding undi yang diperolehi oleh UMNO-BN. DPPM ingin bertanya, jika betul BN sebagai adil, bolehkah undi pos dimansuhkan dan digantikan dengan undi biasa sepertimana rakyat biasa yang lainnya?

Dalam soal berkempen, apakah Najib lupa bahawa UMNO-BN selalu bertindak berat sebelah. Seluruh jentera kerajaan dikerah bagi berkempen dalam sesebuah pilihanraya, sama ada pilihanraya kecil atau umum. Para guru, pegawai kerajaan, tentera, polis dan lain-lain digunakan sebagai alat berkempen. Seolah-olah pilihanraya kecil atau umum adalah milik UMNO-BN.  Adakah Najib mahu menafikan hal ini, dan adilkah sebuah kerajaan melawan sebuah parti pembangkang dalam pilihanraya?

Mungkin juga Najib terlupa takrifan projek ‘mee segera’ setiap kali pilihanraya berlangsung. Secara tiba-tiba DUN atau Parlimen terbabit bertukar menjadi kawasan yang mendapat projek runtuh, sedangkan sebelum daripada itu tidak pernah kawasan tersebut dijenguk. Bagi BN, ia adalah baik kerana untuk rakyat, Tetapi rakyat mentakrifkannya sebagai rasuah pilihanraya. Agensi penting seperti SPR dan SPRM pula seakan buta melihat segala macam kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin BN. Mungkin ini adil menurut Najib.

Adil yang paling benar bagi Najib adalah merahsiakan tarikh pilihanraya umum. Tarikh pilihanraya seakan suatu rahsia besar yang perlu dielak dari dikongsikan bersama rakyat Malaysia. Biarlah pembangkang ‘terkulat-kulat’ membuat persiapan apabila secara tiba-tiba pilihanraya umum dipanggil pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Najib. Bagaimana jika Pakatan Rakyat melakukan hal yang sama, dan BN yang menjadi pembangkang pula dalam keadaan tidak bersedia apabila tiba-tiba berlaku PRU?

Pakatan Rakyat memenangi banyak negeri di Semenanjung bukan membuktikan BN itu adil, tetapi ia membuktikan bahawa rakyat telah melihat kebenaran. Kebenaran tidak boleh disorok, maka kejahatan yang dibuat tidak mampu menenggelamkan kebenaran yang diterima rakyat.

Ini adalah sedikit dari pelbagai bukti kepincangan yang berlaku dalam Pilihanraya era BN. Najib seakan menghidap ‘sindrom penafian’ bahawa BN sejak sekian lama, merosakkan sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini. Buat Najib, belajarlah mengenal erti keadilan dari perspektif rakyat dan umum, bukan dari kacamata BN semata-mata!

Disediakan oleh;


RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: