JPN SUDAH HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT

1

Oktober 19, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius dakwaan ada warga negara asing diberi kad pengenalan dengan mudah di negara ini. Bagi DPPWP, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah semakin hilang kepercayaan dari rakyat Malaysia sebagai sebuah badan kerajaan yang penting dan berwibawa dalam menjaga kepentingan negara. Ini ekoran satu lagi pendedahan yang menggemparkan negara iaitu warga asing yang didakwa diberikan kad pengenalan dengan mudah seperti yang berlaku di Istana Dugang Country Resort, Sepang, Selangor baru-baru ini.

Bagi DPPWP, pendedahan ini adalah suatu contoh betapa rapuhnya sistem keselamatan dalam negara kita. Jika sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing sudah menjadi bualan serta ada bukti pula, ia sebagai petanda buruk terhadap kedaulatan negara. Bagaimanakah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjawab isu ini dan seterusnya mengembalikan kepercayaan rakyat jika setiap hari ada sahaja pendedahan dibuat dengan disertakan saksi dan bukti.

Setakat ini sudah banyak kali pendedahan dibuat berhubung kad pengenalan klon, pengundi bertindih serta warga asing yang diberi status penduduk sementara tiba-tiba berubah status menjadi warganegara tetap. Kes di Istana Dugang Country Resort adalah kes yang berjaya dikesan, bagaimana pula dengan kes yang tidak dapat dikesan tetapi berlaku di mana-mana dalam negara ini?

Rakyat bimbang jika sindiket ini tidak dibanteras dengan bersungguh-sungguh, ia akan merosakkan kedaulatan dan masa depan negara. Warga asing akan sewenang-wewangnya mendapat tempat serta mempunyai hak yang sama sepertimana rakyat Malaysia yang lain sedangkan mereka mereka hanya hadir ke tanahair ini beberapa bulan lamanya. Sempadan negara dengan mudah ditembusi oleh warga asing yang mendapat pengesahan kerakyatan negara ini. Apatah lagi jika ada individu atau organisasi terbabit berniat tidak baik, sehingga menjadikan mereka ini sebagai pengundi berdaftar dalam PRU ke 13. Sistem pilihanraya dan demokrasi negara pula akan menjadi cemuhan rakyat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa.

DPPWP turut menyokong gesaan Suhaizan agar kerajaan menubuhkan satu badan penyiasat atau jawatankuasa bebas bagi menyiasat dakwaan ini. Jika Kementerian Dalam Negeri benar-benar serius memerangi sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing, maka semua pihak terbabit mesti dipanggil termasuk pengusaha Istana Dugang Country Resort, penganjur program, warga asing terbabit, pemandu bas, Pemuda PAS dan pihak polis. Ia penting bagi membuktikan benarkah dakwaan tersebut.

Seharusnya Jabatan Pendaftaran Negara serta Menteri Dalam Negeri mengucapkan terima kasih kepada Suhaizan di atas usaha pendedahan beliau yang bersungguh-sungguh. Beliau telah membantu kerja-kerja polis, bahagian perisikan, SPRM, SPR serta JPN dalam mencari maklumat sindiket mengeluarkan kad pengenalan.

Jika benar dakwaan ini, DPPWP meminta Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara bertanggungjawab terhadap isu ini. DPPWP dan rakyat Malaysia amat cintakan negara dan tidak rela warga asing menjadi warga negara Malaysia dengan mudah, apatah lagi memberikan hak mereka sebagai pengundi yang sah dalam PRU ke 13 nanti.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Advertisements

One thought on “JPN SUDAH HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT

  1. matbanggala berkata:

    asik dok tulaq format ic ic..kato yeing nie canggih tak leh palsu keuin ..esok lusa dah telus..bazir wanf rakyat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

Oktober 2011
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: