KADAR KEMISKINAN BANDAR SEMAKIN MENINGKAT, SESUATU PERLU DILAKUKAN!

Tinggalkan komen

Oktober 19, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) merasa bimbang dengan peningkatan kadar kemiskinan Bandar di Kuala Lumpur yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tinjauan serta penemuan maklumat hasil dari program turun padang DPPKT ke tengah-tengah masyarakat, didapati kadar kemiskinan bandar semakin bertambah dari tahun ketahun.

Dalam senarai penduduk fakir miskin di sekitar Parlimen Titiwangsa sendiri, DPPKT mendapati tidak kurang 1200 keluarga yang didapati berada dalam keadaan fakir miskin yang perlu dibantu. Daripada senarai tersebut pula, seramai 200 keluarga adalah terdiri daripada keluarga miskin tegar. Berbeza dengan jumlah yang diperolehi oleh DPPKT sebanyak 500 sahaja tahun lepas, ia meningkat sekali ganda tahun ini. Mereka ini terdiri daripada pelbagai kategori seperti fakir miskin, OKU, ibu tunggal, anak-anak yatim, warga emas, dan lain-lain lagi. Kebanyakan mereka menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan lebih malang lagi, ramai mereka terdiri dari bangsa Melayu.

Antara foktor utama mengapa kadar kemiskinan bandar semakin meningkat adalah kerana kos hidup yang semakin meningkat sementara pendapatan rakyat pula khususnya golongan yang berpendapatan rendah tidak meningkat secara ketara. Ada antara mereka yang berpendapatan tidak lebih dari RM 700 sebulan seisi keluarga. Dengan jumlah pendapatan sebanyak ini, DPPKT tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan hidup mereka. Malahan kebanyakan mereka mempunyai anak serta tanggungan yang ramai. Maka tidak mustahil gejala sosial turut meningkat seperti pecah rumah, kecurian, samun, ragut, dadah sehingga kepada pergaulan bebas, perzinaan, rogol dan lain-lain lagi.

Bagi meringkan bebanan hidup ini, DPPKT bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa akan menggerakkan ‘Operasi Ziarah Kasih’ setiap bulan bagi membantu golongan ini. Program yang terdekat akan dibuat adalah pada 22 Oktober 2011, bermula jam 10 pagi bertempat di PPR Jelatek, Kuala Lumpur. Seramai 20 keluarga fakir miskin dan pelbagai kategori lain akan dibantu.  Di samping itu, Khidmat Kesihatan Darul Syifa’ juga akan turut sama diadakan di kawasan tersebut. Diharapkan program ini akan lebih membantu warga kota menjalani hidup yang semakin mencabar ini. Bagi mereka yang ingin membantu menjayakan Operasi Ziarah Kasih di Parlimen Titiwangsa setiap bulan, sumbangan amat di alu-alukan dan boleh disalurkan menerusi akaun  Dana Kebajikan Pemuda Titiwangsa menerusi Bank Islam Malaysia Berhad : 14041010075226.

Disediakan oleh;

MOHD SHAHIR ABU HASSAN

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: