MENGECAM TINDAKAN UGUTAN TERHADAP DR AZIZ BARI

Tinggalkan komen

Oktober 31, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang mengancam Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan mengirim beliau sebutir peluru beberapa hari lepas. Bagi DPPM, tindakan ini melampau serta keterlaluan bagi sebuah negara yang aman seperti Malaysia. Ia juga ibarat tindakan kumpulan mafia atau gangster di negara seperti Mexico atau Colombia.

DPPM bimbang, trend mengugut seperti ini pastinya akan menganggu gugat keharmonian negara ini. Rumah disimbah cat, kiriman peluru, mengugut ahli keluarga, dilontar molotov cocktail adalah budaya baru masyarakat yang amat menggerunkan. Ia juga  merendahkan nilai intelektualisme dalam negara ini. Jika tokoh akademik pun boleh dilayan seperti ini, apakah lagi nilai yang boleh diharapkan dinegara kita. Rakyat akan hilang kewarasan untuk berfikir manakala tokoh-tokoh akademik pula takut untuk memberi pandangan mereka. Mereka takut akan menjadi mangsa ugutan di masa hadapan.

DPPM ingatkan mana-mana pihak, bahawa Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak sesekali bercakap luar daripada kerangka perlembagaan. Sebagai seorang yang pakar terhadap perlembagaan, tidaklah salah beliau mengutarakan pendapatnya yang selari pula dengan perlembagaan negara. Meskipun kenyataan beliau mengundang sikap tidak senang bagi sesetengah pihak, ia perlu dibalas hujah pula dengan akademik. Mengugut sambil berselindung ibarat ‘melontar batu sembunyi tangan’ adalah tindakan pengecut bagi mereka yang terdesak. Kebenaran tidak akan terserlah selagi mana mereka yang seperti ini berada dalam masyarakat. DPPM yakin, isu ini pasti akan dapat diselesai dengan baik jika semua pihak berlapang dada dan menerima teguran dengan hati terbuka.

Oleh itu, DPPM meminta pihak polis jalankan siasatan secara terperinci berhubung kes ini dan ambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang terlibat. Pihak polis juga diharapkan dapat mengawal keselamatan Prof Dr Abdul Aziz Bari dan keluarga beliau dari sebarang tindakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. DPPM menyeru, mana-mana golongan yang tidak berpuashati untuk tampil ke depan bagi mendapatkan penjelasan serta berhujah dengan cara yang baik.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: