BERANIKAH KERAJAAN UMNO-BN WUJUDKAN KERAJAAN SEMENTARA SEMASA PILIHANRAYA?

Tinggalkan komen

November 3, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap cadangan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan yang mencadangkan supaya sebuah kerajaan sementara yang berkecuali ditubuhkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum amat baik, positif dan kena pada masanya. Ia penting bagi membuktikan kerajaan benar-benar berusaha memulihkan imej dan kredibiliti sistem pilihanraya di Malaysia.

DPPWP melihat penubuhan kerajaan sementara semasa pilihanraya mampu memberikan sedikit ruang buat keadilan dalam sistem pilihanraya di Malaysia. Selama ini rakyat melihat dari kacamata mereka sistem piliharaya di Malaysia terlalu tempang dari amalan demokrasi yang sebenar. Rasuah, kempen berat sebelah, penyelewengan kuasa, penindasan, ugutan adalah budaya biasa yang selama ini menular dalam setiap kali pilihanraya berlangsung. Puncanya kerana pemimpin negara menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada pada mereka meskipun di luar dari tempoh mereka berkuasa, iaitu selepas pembubaran parlimen.

Seharusnya, sebagaimana yang dibuat di banyak negara demokrasi di dunia ini, selepas pembubaran Parlimen, kerajaan yang sedia ada turut terbubar. Tugas dan peranan Perdana Menteri selaku pemimpin kerajaan akan turut terhenti. Tugas beliau akan dipangku buat sementara oleh Perdana Menteri sementara. Kerajaan sementara pula akan mengambil tempat bagi mentadbir kerajaan dan negara sehingga pilihanraya berlangsung.

Semasa kempen pilihanraya pula, tidak ada istilah kerajaan dan pembangkang. Tidak ada istilah projek ‘mee segera’ oleh Menteri atau Kementerian di bawahnya di mana-mana tempat. Juga tidak ada peruntukan khas dari Menteri terhadap rakyat di bawahnya. Tidak ada layanan istimewa buat mana-mana ‘bekas’ Menteri atau Perdana Menteri dalam media utama negara. Semua pemimpin politik dan parti politik akan dilayan sama rata. Mereka berhak untuk mendapatkan akses media dengan adil dan saksama, berhak untuk turun bertemu dengan rakyat seperti biasa, boleh memberi sumbangan kepada rakyat tanpa apa-apa peruntukan khas oleh kerajaan. Ia dibiayai oleh dana parti masing-masing.

Soalnya, beranikah pemimpin UMNO-BN melaksanakan cadangan dalam PRU ke 13 nanti? Sanggupkah pemimpin UMNO-BN merendah diri bersama rakyat dan pemimpin pembangkang lainnya dengan ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’? Tegakah pemimpin UMNO-BN mempertaruhkan diri mereka dengan  risiko kekalahan akibat tindakan mereka?

Semua ini menjadi kenyataan jika benar pemimpin UMNO-BN ikhlas untuk melihat sistem demokrasi yang subur di negara ini. Sebaliknya ia sekadar retorik yang hanya dilaungkan  melalui slogan yang lunak ditelinga rakyat.

Disediakan oleh;

 

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

November 2011
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: