Pemuda PAS WP demo bantah ‘Seksualiti Merdeka’

1

November 3, 2011 oleh pemudawilayah


Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan demonstrasi membantah program ‘Seksualiti Merdeka’ selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Baru esok.

Sehubungan itu, ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah, Herman Samsudeen menjemput umat Islam, termasuk NGO yang membantahnya hadir menyertai demonstrasi tersebut.

Sehingga ini, program tersebut dibantah oleh Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), yang membuat laporan polis semalam.

ACCIN dianggotai 17 NGO Islam termasuk Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al-Hidayah, Darul Fitrah, MACMA, IIS, MUAFAKAT, ISMA, AL-Hunafa, IMAN, Jam’iyah, Darusshifa, WAMY, GEPIMA dan PERKIM.

Turut membantah program itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berkata Seksualiti Merdeka 2011 yang memperjuangkan kesaksamaan gender untuk golongan homoseksual dan lesbian boleh mengancam keselamatan negara.

Mengulas lanjut, Herman berharap PERKASA juga akan hadir menyertai demonstrasi membantah program itu di Masjid Kampung Baru esok.

Katanya, bantahan itu dibuat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS pusat.

“Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan telahpun meminta semua Pemuda PAS negeri supaya turut mengadakan bantahan selepas solat Jumaat,” katanya.

Menurut Herman, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan merupakan yang pertama menyahut permintqaan Nasrudin itu, dengan mengadakan bantahan esok.

Antara pemimpin yang dijangka hadir esok termasuk Nasrudin; ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad dan barisan kepimpinan Pemuda PAS wilayah.

Menjawab soalan, Herman berkata pihaknya tidak memohon permit polis kerana bantahan itu akan diadakan dalam kawasan perkarangan masjid.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina.

Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan.

Ia akan berlangsung dari 9 hingga 13 November dan dijangka dirasmikan oleh Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Advertisements

One thought on “Pemuda PAS WP demo bantah ‘Seksualiti Merdeka’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

November 2011
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: