R.O.S JANGAN BERMAIN POLITIK KOTOR

Tinggalkan komen

November 3, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik. Bagi DPPM, respons ROS yang menyatakan Pakatan Rakyat tidak membuat permohonan baru selepas Datuk Zaid Ibrahim yang menjadi pengerusi keluar dari parti adalah alasan  semata-mata.

DPPM kesal kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) sengaja melengah-lengahkan proses permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat sedangkan ianya telah dibuat berbulan-bulan lamanya. Sepatutnya jawapan segera perlu diberi dalam masa beberapa minggu dari proses permohonan, dan jika Pakatan Rakyat masih belum ‘membuat permohonan baru’ seperti didakwa oleh ROS, ia perlu dimaklumkan segera agar tindakan lanjut dapat dibuat. Mengapa perlu tunggu sehingga beberapa bulan lamanya baru hendak diberi jawapan balas, dan jawapan itu pula amat mengecewakan. Lebih dari itu, pemimpin Pakatan Rakyat telah menyusul dan bertemu dengan Pegawai Tertinggi ROS sebelum ini, mengapa respons tidak diberikan segera semasa pertemuan tersebut.

Tindakan ROS mencerminkan lemahnya pegawai-pegawai dalam jabatan tersebut dalam pengurusan sehingga memakan masa beberapa bulan untuk memberi jawapan. Dalam era kecanggihan teknologi maklumat terkini ditambah dengan jumlah kakitangan yang ramai, sepatutnya pelbagai kemudahan yang sedia ada boleh mempercepatkan sesuatu urusan. DPPM juga curiga adakah mungkin ROS dibayangi oleh arahan pihak tertentu yang berkepentingan.

Dalam hal ini, DPPM mengingatkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar bersikap telus, jujur, adil dan benar dalam menjalankan tugas serta tidak cuba bermain politik kotor dengan Pakatan Rakyat. Sebagai sebuah agensi yang menguruskan pendaftaran pertubuhan, ROS perlu melayan semua pertubuhan dengan adil dan saksama tidak kira ianya parti dari kerajaan mahupun pembangkang. Jangan sesekali pula ROS mengambil peranan sebagai sebuah parti politik yang menekan parti politik lawannya.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 126 other followers

November 2011
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: