BERSIH 3.0 JIKA PSC TIDAK SEMPAT PERANAN SEBELUM PRU KE 13

Tinggalkan komen

November 14, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) mendesak Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan pendirian rasmi sama ada beliau mahu membubarkan parlimen tanpa menunggu Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihanraya selesai menjalankan tugasnya atau benar-benar bergantung kepada hasil resolusi PSC untuk memastikan perjalanan pilihanraya di Malaysia berlangsung dalam keadaan bersih dan adil.

Bagi DPP Malaysia, pendirian rasmi ini penting supaya rakyat boleh mengukur nilai keikhlasan dan kesungguhan beliau dalam memastikan perjalanan pilihanraya di Malaysia benar-benar adil. Jika beliau sentiasa dalam keadaan sindrom penafian atau ‘denial syndrome’ seperti sekarang ini, atau hanya mendiamkan diri, rakyat menganggap pentadbiran beliau sangat lemah, malah jauh lebih teruk daripada pentadbiran Perdana Menteri sebelum ini.

Jika PM membubarkan Parlimen sebelum tempoh PSC sempat menjalankan tugasnya, jelaslah bahawa PM hanya beretorik, tidak beradab kerana tidak menghormati Parlimen dan penubuhan PSC hanya sekadar kosmetik bagi mengabui mata rakyat. Jawatankuasa Khas Parlimen akan dianggap sebagai tempat ‘melepas batuk ditangga’ bagi mengelak lebih banyak serangan dihalakan kepada beliau.

DPP Malaysia menegaskan bahawa rakyat seluruhnya tidak sanggup menghadapi PRU ke 13 dalam suasana penuh penipuan, penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa. Telah berdekad lamanya politik serta demokrasi di Malaysia berada dalam keadaan tidak sihat berbanding dengan negara-negara lain. Juga bertahun lamanya rakyat diperbodohkan dengan piliharanya berat sebelah serta kempen tidak adil seperti yang diamalkan oleh kerajaan BN selama ini.  Rakyat mengharapkan PRU ke 13 nanti diadakan dengan suasana yang lebih baik di atas padang yang sama rata.

Justeru, DPP Malaysia mencabar Perdana Menteri agar mengumumkan tarikh pilihanraya umum ke 13 dengan segera agar rakyat dapat mengetahui benarkah PSC sempat menghabiskan tugasnya atau tidak. Jika tidak, sia-sia semua pihak memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan kepada PSC dengan niat agar pilihanraya ke 13 nanti benar-benar suatu pembaharuan akan dapat dilaksanakan.

DPP Malaysia juga memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa Himpunan Bersih 3.0 akan digerakkan dengan sokongan sejuta rakyat Malaysia jika reformasi dalam pilihanraya tidak dibuat sebelum PRU ke 13. Himpunan 3.0 kali ini pastinya akan lebih besar dengan partisipasi seluruh parti politik, NGO, tokoh politik dan negarawan dari pelbagai latar belakang yang cintakan keadilan di negara ini.

Disediakan oleh;


RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

November 2011
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: