LUCUT JAWATAN DATUK SERI SHAHRIZAT JALIL

1

November 14, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) meminta Polis Di Raja Malaysia mengambil tindakan segera dengan menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagi DPP Malaysia, kes ini amat berat dan penting kerana ianya melibatkan integriti kerajaan serta pemimpin negara. Kes ini sudah menjadi perbualan umum dengan pendedahan demi pendedahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Ia juga amat memberi kesan negatif pada pandangan masyarakat lebih-lebih lagi melibatkan pemimpin negara. Rakyat akan merasa malu jika imej negara menjadi buruk di peringkat antarabangsa kerana pemimpinnya sarat dengan skandal dan penyelewengan kuasa.

Namun demikian, DPP Malaysia merasa ragu terhadap kesudahan episod kes ini. DPP Malaysia curiga adakah Datuk Seri Shahrizat akan disiasat dan didakwa, atau terlepas bebas sepertimana kes-kes orang kenamaan sebelum ini. Dalam usia parlimen yang semakin singkat, dan dalam peperangan pilihanraya umum ke 13 yang dikatakan paling sengit semakin hampir, DPP Malaysia tidak yakin tindakan lanjut akan dibuat terhadap beliau.

Sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menjadi sebahagian daripada anggota Kabinet Perdana Menteri di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Shahrizat adalah insan penting bagi Najib. Tambahan pula Datuk Seri Shahrizat merupakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, dan seluruh tenaga wanita yang menjadi denyut nadi UMNO ada di dalam tangannya. Beliau juga memegang kunci sokongan pengundi wanita yang saban kali menjadi deposit tetap undi UMNO-BN. Dengan  sokongan itu melalui kementerian yang dipegangnya itulah, UMNO amat bergantung harap pada beliau.

Kepemimpinan Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri akan tercabar dan teruji kali ini. Rakyat akan menilai beliau sebagai pemimpin hipokrit jika berterusan membiarkan korupsi berlaku dalam kabinetnya. Reputasi dan imej beliau sebagai Perdana Menteri pasti akan tercalar teruk. Pastinya kesan besar adalah dalam PRU ke 13 nanti kerana rakyat akan menjadi muak dengan sikap beliau yang tidak tegas dalam menegakkan keadilan dan mencegah kemungkaran.

Justeru, demi memastikan negara tidak dipimpin oleh golongan yang melakukan penyelewengan, DPP Malaysia berpandangan Perdana Menteri tidak mempunyai pilihan melainkan melucutkan jawatan Datuk Seri Shahrizat sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluar dan Masyarakat atau menggantung tugasnya sehingga kes ini diselesaikan. DPP Malaysia benar-benar berharap Datuk Seri Najib menyucikan kabinetnya sebagaimana usaha beliau untuk menyucikan diri setelah selesai menunaikan ibadah haji.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

One thought on “LUCUT JAWATAN DATUK SERI SHAHRIZAT JALIL

  1. dah la kaya nak kaya lg

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 124 other followers

November 2011
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: