Hudud tidak akan kena pada Soi Lek dan bukan Islam

1

Disember 7, 2011 oleh pemudawilayah


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak perlu risau dengan hukum hudud walaupun sebelum ini beliau didakwa terbabit dengan skandal seks kerana Hudud hanya untuk umat Islam. Tiada hukum hudud dikenakan ke atas beliau dan mereka yang bukan Islam jika ianya dilaksanakan dinegara ini atau dimana-mana negara lain sekali pun kerana mereka yang bukan Islam bebas untuk menguna pakai sistem perundangan sivil sedia ada. Kenyataan beliau bahawa sistem perundangan hudud tidak adil kepada semua pihak menjelaskan lagi kekeliruan beliau terhadap prasyarat pelaksanaan hukum ini.


Dakwaan beliau bahawa hukuman ini menakutkan para pelabur juga tidak releven kerana tiada sebab untuk mereka yang tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk berasa takut dengan mana-mana sistem perundangan. Hudud bakal memelihara harta dan aset para pelabur dari dicuri dan dirompak sesukahati dalam negara ini. Bukankah itu satu kebaikan kerana dengan perundangan sedia ada, pencuri dan perompak keluar masuk penjara dan tak amat sedikit yang benar-benar kembali ke pangkal jalan walaupun kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk memulihkan mereka.

Berhubung dengan menjaga kepentingan Hak Asasi, hudud memberikan ruang untuk setiap pendakwa membuktikan dakwaan dan yang tertuduh membuktikan dirinya tidak bersalah. Malah kenyataan saksi-saksi juga didasarkan kepada fakta-fakta yang jelas dan tidak boleh diragui. Wanita juga mendapat perlindungan dan manfaat dari terlaksanakannya undang-undang ini kerana mereka akan terpelihara kehormatan dan tidak sewenang-wenangnya dimangsakan dalam jenayah pemerdagangannya manusia dan dera.

DPPWP berharap Dr. Chua belajar dan mengkaji prinsip dan bentuk pelaksanaan undang-undang ini dengan Ulama’ – ulama’ serta pimpinan PAS. Begitu juga dengan mana-mana pemimpin atau kumpulan masyarakat yang belum faham akan kepentingan undang-undang ini dalam keadaan sekarang. PAS membuka ruang forum dan sesi penerangan dengan mana-mana pihak yang mahu berbincang secara ilmiah. bukannya dengan emosi atau sekadar lontar politik semata-mata.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

One thought on “Hudud tidak akan kena pada Soi Lek dan bukan Islam

  1. PATRIOT berkata:

    x kira pemimpin mca mic atau dap.. diorg x blh persoalkn hkm hudud sbb x kena langsung undg2 ni dgn org yg bkn islam.. tp PAS dn UMNO kena ber1 bl tmbul soal ttg islam yg dpersoalkn olh DAP dn MCA… trutamanya DAP yg smpai dgn lantng x nk malaysia di iktiraf sbagi negara islam… bg BN.. BN kena tgs kpd org2 yg cb persoalkn islam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Disember 2011
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: