Jejantas Berbumbung LRT PWTC Di Bina Untuk Perhimpunan Agung Umno?

Tinggalkan komen

Disember 7, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan penggunaan dana rakyat yang dianggarkan tidak melebihi RM20 juta bagi pembinaan Jejantas Berbumbung yang menghubungkan Stesen LRT PWTC dengan bangunan Umno di PWTC dan Sunway Putra Mall. Pembukaan sementara jejambat yang belum siap dan tiada CF ini khusus untuk Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, menimbulkan kesangsian rakyat terhadap kerelevenan projek ini diadakan. Adakah ianya dibina untuk kepentingan Perhimpunan Agung Umno?

Sewajarnya jejambat ini tidak dibuka kerana belum ada jaminan keselamatan dari pihak Bomba dan diakui belum siap sepenuhnya oleh pihak Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB). Kegopohan itu menunjukan bahawa adanya pihak-pihak yang berkepentingan dalam projek ini. Projek yang dimulakan akhir tahun lepas dikatakan telah hampir ke fasa terakhirnya yang dijangka selesai lewat hujung bulan ini. Begitu cekap pembinaannya berbanding projek DBKL di Kompleks Pasar Keramat yang memerlukan hampir 20 tahun untuk disiapkan. Mungkin itulah bezanya Projek untuk kepentingan Umno dan untuk kepentingan rakyat!

DPPWP juga melihat SPNB, yang menjadi pemilik Projek ini bagi pihak Kerajaan dilihat gagal memahami kepentingan strategik rakyat dalam pemilihan laluan 400 meter bagi jejambat LRT PWTC ini. Sewajarnya laluan siar kaki dikiri kanan Jalan Putra yang selebar 5-7 kaki dinaik taraf dengan pembinaan laluan bumbung seperti dilaluan siar kaki LRT Stesen Bandaraya. Malah terowong dibawah Jalan Putra juga gagal dinaik taraf sedangkan kosnya lebih murah berbanding pembinaan Jejambat berkenaan. Wanita umno kalangan warga emas sendiri mengadu baru-baru ini kerana Jejambat bernilai jutaan ringgit ini hanya mampu menyediakan tangga untuk mereka yang terketar-ketar lutut menaikinya. Sewajarnya eskalator disediakan sesuai dengan bajet yang dikeluarkan.

DPPWP turut dimaklumkan bahawa Perunding Utama Projek ini adalah Maju Integrated Engineers Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Kumpulan Maju Holdings Sdn Bhd yang telah membangunkan projek kontroversi Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS). Tidak cukup dengan itu Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Abu Sahid Mohamed didakwa telah membina lima banglo dan Club House di atas sebidang tanah yang didakwa sudah diwartakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk taman rekreasi awam. Apakah kepentingan syarikat ini sehingga berjaya mendapat begitu banyak projek Prasarana Negara?

Selanjutnya, dalam pandangan DPPWP, kewujudan lebih banyak Jejambat laluan pejalan kaki ditengah-tengah bandaraya ini bakal menyesakkan lagi pemandangan sedia ada. Sewajarnya laluan alternatif bukan jejambat difikirkan kerana saiz bandaraya ini kecil dan sebarang pembinaan baru di atas struktur jalan raya akan menjadikan laluan menjadi lebih hiruk pikuk serta memerangkap gas-gas karbon dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dibawah jejambat . Dalam tempoh 10 tahun akan datang laluan ini akan dipenuhi debu-debu hitam sebagai mana yang berlaku kepada bangunan-bangunan yang direntasi oleh jejambat-jejambat LRT disekitar ibu kota seperti di Jalan Tun Perak. Ini sekaligus akan menjejaskan kualiti udara bandaraya yang kononnya diimpikan sebagai Bandaraya Dalam Taman sebelum ini. Nampaknya generasi akan datang hanya akan mewarisi bandaraya hitam penuh berdebu.

Secara ringkasnya DPPWP mahu pihak Kerajaan menyemak semula peruntukan dan perancangan yang dibuat dalam pembangunan Kuala Lumpur. Sebarang pembinaan haruslah telus untuk kepentingan rakyat dan tidak membazir sesuai dengan peningkatan hutang negara pada masa ini.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Disember 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: