KERAHAN JENTERA PARTI FIZIKAL, MENTAL DAN SPIRITUAL

Tinggalkan komen

Disember 7, 2011 oleh pemudawilayah


Oleh : Ustaz Mohd Adha Boyong, Pengerusi Lajnah Tarbiyah DPPWP

DPPWP mengajak dan mengingatkan kepada seluruh penggerak, ahli dan penyokong PAS supaya tidak menjadikan PAS ini sekadar sebuah parti politik sahaja tetapi satu jemaah islam yang menjadikan islam sebagai objektif perjuangan dan tempat mentarbiyah diri dalam mengenali tuntutan Allah swt secara keseluruhan.

Dalam mendepani cabaran dunia hari ini terutamanya pilihanraya yang semakin hampir, sebagai satu-satunya parti politik yang meletakan islam objektif utama perjuangan, maka persiapan bukan dibina dari fizikal  sahaja tetapi perlu merangkumi mental dan spiritual.

Ilmu dan pemahaman yang baik menjadi teras utama, lebih-lebih lagi dalam mendalami tuntutan islam dan mengetahui sejauhmana tuntutan berjuang di dalam jemaah islam untuk melahirkan keikhlasan dan ruh dalam berjuang.

Bukan sekadar itu sahaja, pengamalan yang menjadi natijah ilmu dan pemahaman, menjadi satu tuntutan yang tidak boleh dilupakan. Bukan sekadar ibadah tetapi muamalah yang diberi penekanan terhadap adab dan akhlak serta ukhuwah yang cukup kuat di dalam setiap peringkat menjadikan dakwah Rasulullah saw menggapai kejayaan dimata dunia.

Setelah penekanan ilmu, faham dan amal telah berjaya diterapkan dengan baik disertai strategi pilihanraya yang cukup cantik, maka kesempurnaan itu dibuat dengan doa dan tawakal kepada Allah swt.

DPPWP membuat peringatan bersama kepada setiap peringkat supaya langkah perjuangan ini sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah swt dan dapat dibezakan dengan parti yang baru mahu mendaulatkan ulamak dan islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Disember 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: