PASTIKAN PRODUK KR1M BERKUALITI

Tinggalkan komen

Disember 7, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melihat ucapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob bahawa rakyat masih percaya kepada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menunjukkan kebimbangan beliau terhadap keyakinan rakyat kepada KR1M yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kenyataan beliau seakan memujuk rakyat untuk menaruh kepercayaan bahawa produk yang dijual di kedai itu selamat dimakan atau digunakan setelah beberapa produknya ditarik balik atas pelbagai alasan.

DPPWP melihat isu penarikan balik 13 produk dari kedai itu amat serius dan boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap produk-produk yang dijual di kedai tersebut. Meskipun penarikan balik 13 produk KR1M kerana kesalahan pelabelan makanan dan komposisi di bawah peraturan-peraturan Makanan 1985, namun ia masih belum meyakinkan rakyat sepenuhnya bahawa produk di KR1M selamat untuk digunakan. Rakyat masih menaruh prasangka serta persepsi negatif bahawa produk KR1M tidak benar-benar mengikut spesifikasi serta standard kualiti produk makanan.

Justeru, DPPWP meminta kerajaan agar memastikan produk KR1M berkualiti dan mengikut piawaian yang ditetapkan. DPPWP berharap agar tiada lagi produk makanan di KR1M menjadi rungutan rakyat yang mempersoalkan tahap kebersihan atau keselamatan produk-produk yang dijual di KR1M serta tiada lagi produk di KR1M ditarik balik oleh apa juga alasan sama ada isu keselamatan atau kebersihan mahupun kerana kesalahan pelabelan makanan.

DPPWP mengingatkan kerajaan agar menjaga kualiti produk makanan yang dijual di KR1M kerana itu adalah keutamaan  yang mesti didauhulukan untuk rakyat. DPPWP percaya, golongan yang menyuarakan kebimbangan mengenai KR1M bukan kerana dengki terhadap usaha kerajaan, tetapi amat prihatin kepada tahap kesihatan rakyat.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Disember 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: