APABILA ‘JUARA DEBAT’ TIBA-TIBA TAKUT BERDEBAT

1

Disember 9, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah kepada saudara Rafizi Ramli, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berani dan konsisten mengajak YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia agar berdebat dengan beliau mengenai isu penyelewengan Projek Nasional Feedlot Kebangsaan (NFC).

Dalam hal ini, DPPWP merasa agak terkejut kerana YB Khairy Jamaluddin menolak pelawaan debat dengan Rafizi saat akhir. Biasanya, beliau jarang menolak pelawaan debat dan di mana-mana pentas perdebatan yang dianjurkan beliau akan hadir. Beliau pernah berdebat dengan YB Datuk Paduka Husam Musa di Kelantan beberapa tahun lalu, beliau juga pernah mencabar Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk berdebat dengannya mengenai isu sejarah kemerdekaan negara. Malah beliau tanpa rasa segan silu pernah mengajak Datuk Seri Anwar Ibrahim  berdebat dengannya suatu ketika dahulu.

Namun begitu, apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan mempelawa YB Khairy Jamaluddin berdebat dengannya mengenai isu sejarah kemerdekaan bagi menggantikan Mohamad Sabu beberapa bulan yang lepas tiada respons diberikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu. Dalam isu NFC pula, YB Khairy Jamaluddin di antara individu yang kuat mempertahankan pemimpin yang dikaitkan dengan isu tersebut. Namun setelah pelawaan debat dibuat oleh Rafizi Ramli dan segala persiapan majlis diaturkan, debat tersebut tidak dapat dilangsungkan kerana pelbagai alasan yang diberikan. Malah Rafizi Ramli sanggup pula mencabar YB Khairy Jamaluddin untuk berpentas dengan beliau di kubu kuat UMNO iaitu di PWTC.

Penolakan debat ini pastinya menghampakan seluruh rakyat yang mahu melihat kebenaran tertegak di atas isu ini. Jika sebelum ini seluruh negara ditunjukkan bahawa YB Khairy Jamaluddin seakan ‘juara debat’ apabila sanggup berdebat dengan sesiapa sahaja, namun apabila ajakan debat dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan kini saudara Rafizi Ramli beliau pula menolak. Kini baru terbukti siapa yang hebat dan siapa yang pengecut.

Nampaknya YB Khairy Jamaluddin hanya berminat berdebat dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang dianggap senior namun tidak berani berdebat dengan pemimpin sama ‘level’ dengan beliau. DPPWP mengajak beliau menginsafi diri bahawa beliau hanya ketua pemuda bagi sebuah parti, dan lawan beliau yang selayaknya adalah pemimpin pemuda atau pemimpin pertengahan setiap parti. Jika YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO sanggup sepentas bersama YB Salahuddin Ayub sebagai Ketua Pemuda PAS, Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua AMK dan Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP suatu ketika dahulu, tidak wajar Ketua Pemuda UMNO sekarang takut pula berdebat dengan pemimpin pemuda Pakatan Rakyat.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

One thought on “APABILA ‘JUARA DEBAT’ TIBA-TIBA TAKUT BERDEBAT

  1. ini lah contoh terbaik calon BN, belum pun apax dah mengaku kalah, malulah ahli pemuda umno nak lihat ketua berhujahpasal lembu, nasib tak baik nama X dicalonkan. pemimpin atasan dah tahu kelentong khairy ini dah tentu mereka bertiga yang meranchang perihal lembux ni

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Disember 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: