PBB SUDAH MENGKRITIK; KERAJAAN MASIH TIDAK SEDAR LAGI?

Tinggalkan komen

Disember 9, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kritikan yang dibuat oleh pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 merupakan suatu tamparan keras kepada kerajaan Malaysia yang bersikap degil dan enggan mendengar pandangan rakyat.

Bagi DPP Malaysia, kerajaan perlu merasa malu kerana wakil khas PBB sendiri menegur sikap berkeras kerajaan Malaysia dalam membenarkan rakyat berhimpun.  Pelapor khas PBB, Maina Kiai menyatakan RUU Perhimpunan Aman sebagai menyekat kebebasan bersuara rakyat dan sekatan yang dikenakan adalah tidak wajar mengikut undang-undang antarabangsa. Beliau mengkritik RUU Perhimpunan Aman kerana memberi ‘kuasa berlebihan’ kepada pihak polis untuk membenarkan atau mengharamkan sesuatu perhimpunan aman, serta kecewa kerana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) tidak dirujuk dalam merangka rang undang-undang tersebut.

Selain beliau, seorang lagi pelapor PBB turut menyanggah dasar kerajaan terhadap RUU Perhimpunan Aman dengan menyatakan bahawa penyertaan politik dan sosial melalui protes aman merupakan satu pengalaman pendidikan kanak-kanak, belia dan pelajar, malah ia juga satu pelaburan kepada masyarakat secara keseluruhannya. Dalam ucapan seorang lagi pelapor bagi hak kebebasan bersuara iaitu Frank La Rue, beliau menganggap semua individu berhak bersuara secara bebas dan ia merupakan satu ujian kepada tahap demokrasi di mana-mana negara dan menggesa agar rang undang-undang ini dikaji semula.

Bagi DPP Malaysia, kerajaan perlu sedar apabila banyak pihak mengkritik dan menentang sesuatu dasar, dan secara fokusnya adalah Akta Perhimpunan Aman, ini menandakan ada sesuatu yang tidak kena pada undang-undang tersebut. Akta Perhimpunan Aman yang telah diluluskan oleh kerajaan di Parlimen kini bukan lagi dimusuhi oleh rakyat Malaysia pelbagai peringkat, malah mendapat kecaman masyarakat antarabangsa.

DPP Malaysia mengingatkan jika kerajaan terus berdegil meneruskan pelaksanaan Akta Perhimpunan Aman ini, imej Malaysia di mata dunia akan terjejas teruk. Kerajaan perlu sedar bahawa Indeks Persepsi Rasuah negara sudah menjunam untuk tahun ketiga berturut-turut, Indeks Kebebasan Akhbar pula turut merosot bukan sekian tahun, serta pelbagai lagi bukti menandakan bahawa  tahap demokrasi negara telah jatuh merudum teruk.

Justeru, tiada lagi alasan buat kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan Akta Perhimpunan Aman dan ia perlu ditarik balik. dengan segera Nampaknya semakin lama, semakin kuat bantahan rakyat terhadap dasar kerajaan ini. Mungkin kerajaan mahu menunggu himpunan bantahan terbesar rakyat seumpama Bersih 2.0 atau ditumbangkan rakyat dalam PRU ke 13, baru mereka sedar kesilapan mereka selama ini .

Disediakan oleh;


RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Disember 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: