UNDI ANAK MUDA SEBAGAI PENENTU BAGI SELAMATKAN KAMPUNG BARU

Tinggalkan komen

Disember 9, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPK Titiwangsa) menyokong penuh usaha Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) yang mahu mengadap Sultan Selangor bagi menyerahkan memorandum berhubung Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 yang baru diluluskan di Dewan Negara semalam.

DPPK Titiwangsa meyakini DYMM Sultan Selangor akan memandang serius segala keluhan rakyat yang akan disampaikan dalam pertemuan ini nanti dan seterusnya akan mengambil tindakan susulan. Sebagai  ketua bagi umat Islam di negeri Selangor dan jajahannya sudah tentu DYMM amat prihatin terhadap segala permasalahan yang berlaku kepada umat Islam di bawah naungannya dan tidak rela umat Islam khususnya orang Melayu dianaktirikan oleh kerajaan.

DPPK Titiwangsa menganggap keputusan kerajaan meluluskan Rang Undang-Undang Perbadana Pembangunan Kampung Baru 2011 di Dewan Rakyat dan Dewan Negara menunjukkan kerajaan BN tidak prihatin terhadap kepentingan rakyat, khususnya orang Melayu. Dalam hal ini, jelaslah kerajaan membuat keputusan secara terburu-buru tanpa berbincang secara mendalam terlebih dahulu dengan penduduk kampung tersebut. Kepentingan penduduk kampung seperti dikebelakangkan sehingga suara-suara mereka yang menentangnya ditenggelamkan oleh kuasa Parlimen. Justeru DPPK Titiwangsa merasakan wajarlah penduduk kampung bersama SPKB membantah keputusan ini dengan cara menghantar memorandum kepada Sultan Selangor bagi usaha menyelamatkan kampung mereka.

Bagi DPPK Titiwangsa, isu Kampung Baru adalah isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat kerana ia mewakili entiti orang Melayu di Kuala Lumpur. Isu Kampung Baru menjadi kayu ukur atau ‘study case’ terhadap nasib orang Melayu Kuala Lumpur yang diperlakukan sedemikian rupa. Menjadi suatu pengajaran berharga kepada orang Melayu, bahawa mereka tidak layak tinggal di kota besar seperti Kuala Lumpur, dan tempat mereka hanya di kampung-kampung di pedalaman. Jika ada orang Melayu yang mampu hidup di Kuala Lumpur, mereka tidak berhak mendapat tanah, sebaliknya mereka hanya layak duduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang disediakan. Selain itu, orang Melayu di kampung-kampung lain sekitar Kuala Lumpur juga tidak boleh merasa selamat dengan kedudukan mereka sekarang, kerana bila-bila masa tanah tempat mereka tinggal boleh diambil atas pelbagai alasan.

Oleh itu, DPPK Titiwangsa menyokong usaha SPKB dengan menggerakkan kesedaran rakyat khususnya anak-anak muda bahawa mereka perlu bangkit bagi menyelamatkan Kampung Baru. Undi anak-anak muda amat penting bagi melakukan perubahan dalam PRU ke 13 dengan menumbangkan BN bagi menyelamatkan Kampung Baru dan kampung-kampung seumpamanya. Jika tidak, tiada siapa yang dapat membela nasib orang Melayu jika pemerintahan terus dibawah BN.

Disediakan oleh;


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Disember 2011
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: