BELIA ‘SUPERHERO’ : MEREALISASIKAN TRANFORMASI NAJIB

Tinggalkan komen

Disember 13, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) sependapat dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengibaratkan golongan muda sebagai wira unggul yang mempunyai kuasa merealisasikan program ‘tranformasi’ negara sebagai satu realiti.

Bagi DPP Malaysia, belia adalah kuasa perubah bagi sesebuah negara. Ditangan merekalah bergantungnya harapan rakyat Malaysia untuk mengubah hidup masyarakat. Mereka adalah penentu kejayaan atau kegagalan perubahan yang diimpikan rakyat selama ini.

Transformasi, seperti yang diistilahkan oleh Najib seakan-akan satu perubahan total terhadap sistem dan dasar di negara ini ke arah yang lebih positif. Dengan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah, mengurangkan kadar jenayah, mengurangkan kadar rasuah, menambahbaik pengangkutan awam, mempertingkat pencapaian pelajar, meningkatkan infrastruktur asas luar bandar dan bandar serta mempertingkat pengangkutan awam bandar ia seperti menukar dari pentadbiran lemah kepada pentadbiran yang lebih baik.

Namun demikian, rakyat melihat program ‘tranformasi’ sekadar kosmetik bagi menyedapkan halwa telinga yang mendengar. Hakikatnya, ia adalah siri kegagalan pentadbiran PM dengan beberapa indikator seperti meningkatnya kadar jenayah di seluruh negara, indeks persepsi rasuah yang semakin merudum buat tahun ketiga berturut-turut, meningkatnya golongan miskin dan berpendapatan rendah, kos sara hidup yang melambung tinggi, Laporan Ketua Audit Negara 2010 dengan segala macam ketirisan, kemudahan awam di bandar dan di luar bandar yang tiada peningkatan boleh dibanggakan, kedudukan universiti tempatan yang terperosok jauh berbanding universiti lain dan lain-lain lagi.

Selain itu, transformasi yang cuba dibawa oleh pemerintahan Najib adalah memenjarakan tahap demokrasi negara ini seperti Akta Perhimpunan Aman, menyekat golongan pekerja dengan Akta Pekerja, menekan pemimpin Pakatan Rakyat di media arus perdana, sistem pilihanraya yang berat sebelah dan lain-lain lagi.

Justeru itu, DPP Malaysia mengharapkan belia sebagai ‘superhero’ bagi menterjemahkan transformasi iaitu dengan bangkit melakukan perubahan terhadap negara. Antara yang paling utama adalah menukar mentaliti bahawa hanya UMNO-BN layak memerintah negara ini dan membawa pembangunan untuk rakyat, selain UMNO-BN tidak berhak untuk memerintah dan hanya membawa perpecahan. Sebaliknya, minda rakyat perlu ‘transformasi’ bahawa rakyat dan negara akan berubah jika mengundi Pakatan Rakyat dalam Pru ke 13 sebagaimana  perubahan yang telah dilakukan oleh negara-negara Arab ketika ini. DPP Malaysia yakin, belia Malaysia akan bangkit melakukan perubahan demi selamatkan Malaysia dari kehancuran.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Disember 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: