DZULKIFLI DIARAH BERCUTI, BAGAIMANA TAN SRI ISA SAMAD?

Tinggalkan komen

Disember 13, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang berat isu Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Wahab yang diminta bercuti selama sembilan bulan melalui arahan daripada Perdana Menteri. DPP Malaysia merasakan arahan tersebut tidak kena pada tempatnya memandangkan Felda amat kritikal pada ketika ini yang memerlukan komitmen Pengarah Besar Felda itu bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku.

DPP Malaysia berpendapat, konflik peringkat tertinggi dalaman Felda amat kronik dan memerlukan penyelesaian segera. Arahan bercuti ini seolah-olah membenarkan wujudnya konflik dalaman  yang semakin kuat melanda. Tindakan terhadap Dzulkifli pula menunjukkan wujudnya budaya cantas-mencantas oleh pihak tertentu yang tidak senang dengan kehadiran Datuk Dzulkifli Wahab sebagai Pengarah Besar Felda.

Bagi DPP Malaysia, konflik dalaman di peringkat dalaman Felda adalah sesuatu yang tidak menguntungkan Felda, khususnya bagi peneroka dan generasi anak-anak Felda. Sepatutnya kes ini diselesaikan secara baik dan berhikmah, bukannya secara politik. Mencutikan Datuk Dzulkifli Wahab dari tugasnya akan mengeruhkan keadaan kerana mungkin ada pihak lain pula mengambil kesempatan pula ‘membalas dendam’ bagi pihak beliau.

Selain Datuk Dzulkifli Wahab, ramai tertanya-tanya apakah tindakan yang bakal diambil terhadap Tan Sri Isa Abdul Samad, Pengerusi Felda. Sedangkan selama ini rakyat melihat antara punca berlakunya konflik adalah daripada Tan Sri Isa Samad sendiri. Malah pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) menimbulkan kontroversi kerana didakwa mengikut pintu belakang seperti didakwa oleh banyak pihak. Persoalan yang timbul adalah jika Datuk Dzulkifli Wahab diambil tindakan, mengapa Tan Sri Isa Samad tidak diambil tindakan yang sama? Mungkinkah politik ‘ala Machiavelli’ sudah menjalar dalam Felda yang memenangkan pihak yang kuat dan berkepentingan, sementara pihak yang lemah akan kalah meskipun mereka dipihak yang benar.

Justeru, DPP Malaysia mendesak Perdana Menteri menarik balik arahan bercuti terhadap Datuk Dzulkifli Wahab dengan melihat kesan buruk yang akan berlaku terhadap Felda jika arahan ini berterusan. PM perlu melihat masa depan dan kepentingan warga Felda lebih utama dari mengambil langkah politik yang tidak menguntungkan rakyat.

Disediakan oleh;

DR RAJA AHMAD AL HISS

Naib Ketua

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Disember 2011
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: