TIADA PERLECEHAN AGAMA ISLAM JIKA ULAMA’ LANTANG PERTAHAN KESUCIANNYA

Tinggalkan komen

Disember 13, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP)  mengucapkan terima kasih kepada Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah yang lantang menyelar pihak menghina Islam khususnya hukum hudud. Bagi DPPWP, kenyataan inilah yang ditunggu-tunggu daripada mulut seorang ilmuan Islam seperti Dr Ridhuan dan insan sepertinya yang mempunyai ramai pengikut dari kalangan umat Islam.

DPPWP menganggap isu penghinaan hukum Islam bukanlah isu politik yang hanya perlu diperjuangkan oleh PAS sahaja. Sebaliknya isu penghinaan hukum Islam perlu dibela oleh semua orang Islam yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Semua Umat Islam perlu merasa sensitif dan tercabar apabila Islam diperlekeh dan dihina oleh mereka yang memusuhi Islam. Dalam hal ini, DPPWP melihat bukan setakat MCA yang perlu dipersalah, malahan UMNO juga perlu dipersalahkan kerana mereka hanya mendiamkan diri apabila Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekehkan Islam. Bahkan wakil UMNO dalam forum tersebut turut tumpang sekaki mempertikaikan hukum Islam tersebut.

DPPWP merasakan sudah sampai masanya ulama’ dari semua peringkat bangkit mempertahankan kesucian Islam dari perlecehan sama ada dari bukan Islam mahupun dari kalangan umat Islam. Seharusnya lebih ramai ulama’ yang peka dan sensitif bangkit menentang kemungkaran yang berlaku yang dilakukan di depan mata. Penghinaan agama Islam merupakan kemungkaran besar yang wajib ditentang dan para ulama’ lah yang diharapkan memimpin umat menentang kemnngkaran tersebut. Jika para ulama’ bangkit mempertahankan Islam, sudah tentu pengikut-pengikut akan turut sama bangun dan sudah pasti tidak ada golongan yang berani menghina agama Islam ini secara terang-terangan.

DPPWP mengingatkan bahawa hukum Islam adalah perintah Allah SWT untuk dilaksanakan di atas muka bumi dan ia bukanlah ciptaan PAS atau mana-mana manusia. Sebagaimana hukum Islam wajib dilaksanakan, sebegitu jugalah agama Islam wajib dipertahankan kesuciannya dari sebarang penghinaan. DPPWP menegaskan, jika insiden seperti ini berlaku sekali lagi lebih ramai ulama’ tampil menentang penghinaan terhadap agama Islam ini.

Disediakan oleh;


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Disember 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: