BEBASKAN FELDA DARI KONGKONGAN POLITIK

Tinggalkan komen

Disember 15, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan segera konflik dalaman yang sedang melanda Felda. Ini kerana konflik ini akan merugikan nasib orang Melayu khususnya peneroka-peneroka Felda seluruh negara.

DPP Malaysia melihat konflik dalaman Felda semakin meruncing dan menuju jalan buntu. Dengan arahan bercuti Datuk Dzulkifli Wahab daripada Pengarah Koperasi Felda menunjukkan adanya campurtangan politik daripada pihak tertentu terhadap Felda, seolah-olah ada ‘tangan hitam’ yang menggerakkan organisasi itu. Disamping itu langkah menyenaraikan salah satu anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia menjadi polemik yang memuncak sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk dalaman UMNO sendiri.

Dalam pada itu pula semakin ramai menyatakan bantahan terhadap Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi Koperasi Felda dengan menganggap pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai tidak sesuai kerana beliau tidak berlatar belakangkan Felda dan dilantik melalui kuasa politik. Ekoran itu, timbulnya pelbagai bantahan dan serahan memorandum diadakan dari pelbagai pihak. Warga Felda melihat Tan Sri Isa Samad bukanlah orangnya yang boleh memacu Felda lebih jauh kehadapan, sebaliknya beliau dianggap sebagai liabiliti kepada Felda.

Oleh itu, DPP Malaysia berpandangan demi kepentingan dan masa depan Felda dan pihak yang terbabit, Perdana Menteri perlu mengambil tindakan drastik. Antaranya Felda perlu dibebaskan dari sebarang kongkongan politik mana-mana pihak. Keputusan mengenai masa depan Felda dan perancangan jangka panjang mereka perlu dipulangkan kembali kepada Felda, bukan ditentukan oleh keputusan mana-mana pemimpin tertentu.

Selain itu, Tan Sri Isa Samad perlu dikeluarkan dari pengurusan Felda. Mungkin beliau tidak sesuai memimpin Felda kerana ramai yang tidak senang dengan kehadiran beliau di situ. PM juga perlu kembalikan Datuk Dzulkifli Wahab yang dicutikan dari tugasnya kembali ke jawatannya  seperti sebelum ini. Ini kerana beliau dilantik dalam Mesyuarat Agung Koperasi Permodalan Felda, sudah tentu beliau mempunyai pengaruh dan sokongan dari akar umbi.

DPP Malaysia mengingatkan PM sekiranya benar beliau ikhlas mahu membela nasib orang Melayu di negara ini, jadikan orang Melayu Felda sebagai keutamaan dengan melihat dan memenuhi kehendak dan tuntutan mereka.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Disember 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: