KERAJAAN PERLU LANGKAH ALTERNATIF ELAKKAN BANJIR KILAT BERULANG

Tinggalkan komen

Disember 15, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta kerajaan khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengambil langkah alternatif bagi memastikan kejadian banjir kilat yang sudah dua kali melanda ibu kota Kuala Lumpur tidak berulang. Ini kerana sudah dua kali Kuala Lumpur dilanda banjir kilat dan ianya sudah tentu ianya menjejaskan kehidupan warga kota terutama menjelang waktu puncak iaitu pada waktu petang.

DPPWP beranggapan banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur selama dua hari berturut-turut adalah sesuatu yang sukar serius dan tindakan segera bagi menanganinya perlu diambil. Meskipun hujan lebat melanda Kuala Lumpur selama dua hari berturut-turut, namun sebenarnya ia berlangsung tidak terlalu lama. Bagi DPPWP, sepatutnya banjir kilat mungkin tidak melanda Kuala Lumpur sekiranya ada langkah susulan, alternatif serta kaedah pencegahan dilakukan awal. DPPWP membayangkan jika hujan yang turun dalam tempoh masa yang lama seperti berlaku di negeri-negeri pantai timur ketika ini, sudah tentu bandaraya Kuala Lumpur akan ditenggelami banjir.

Justeru, DPPWP meminta pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar membuat kajian mengapakah boleh berlakunya banjir kilat dalam masa yang sangat singkat. Mungkinkah kerana dari sistem perparitan dan laluan air yang tersumbat, atau kerja-kerja pembinaan yang tidak terancang. Pihak DBKL juga diminta meneliti kembali pelan pembangunan Kuala Lumpur dan melihat adakah langkah pencegahan banjir sudah ada dalam perancangan pihak berkuasa dan adakah pelaksanaannya telah dilakukan.  Ini kerana banyak jalan biasa digenangi air dalam masa yang amat singkat dan dalam keadaan hujan turun pun tidaklah terlalu lama. Sudah tentu banyak kemusykilan ada dalam fikiran rakyat ketika ini.

DPPWP juga meminta kerajaan khususnya pihak keselamatan mengambil langkah keselamatan bagi memastikan keselamatan warga kota terjamin. DPPWP mengharapkan tidak akan ada warga kota yang terperangkap dalam banjir kilat dan seterusnya boleh mengancam keselamatan diri dan keluarga mereka. DPPWP mengingatkan kerajaan bagaimana musibah yang melanda negara Thailand beberapa bulan lepas dan mengharapkan agar kejadian itu tidak melanda Malaysia.

Akhirnya, DPPWP sedia mengerahkan seluruh ahli Pemuda PAS Wilayah Persekutuan untuk turun membantu pihak keselamatan dan warga kota jika kejadian ini berulang. Setiap ahli telah diminta berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan yang berlaku dan akan dikerah dari semasa ke semasa jika diperlukan. Bagi DPPWP, keselamatan rakyat khususnya warga kota sentiasa diutamakan.

Disediakan oleh;

 

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Disember 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: