FILEM PENDEK ‘OLEY!!’: SOLIDARITI MUSLIM PRIHATIN MEMBUKA LEMBARAN BARU DUNIA MEDIA BARU

Tinggalkan komen

Disember 20, 2011 oleh pemudawilayah


Dunia media baru menjadi semakin penting kepada masyarakat khususnya kepada generasi muda. Dengan kepantasan dan kecanggihan teknologi, akses maklumat melalui medium media baru mampu disampaikan kepada penerima dalam masa yang singkat dan pantas. Lantas ia kini menjadi suatu fenomena kepada seluruh lapisan masyarakat.

Sepantas masa berlalu, dengan kelajuan gajet alat telekomunikasi yang dicipta bagi mengejar perlumbaan langit terbuka ini, kepantasan maklumat juga seakan tidak mampu disekat. Daripada medium blog, kini jutaan anak-anak muda menggilai facebook, twitter dan terkini video klip. Video Klip atau Vlog sudah menjadi tempat luahan anak-anak muda menyampaikan isi hati mereka dan boleh dikongsi bersama jutaan anak-anak muda yang lain diseluruh dunia.

Atas sebab inilah, Solidariti Muslim Prihatin mengambil langkah untuk mempelopori kerja-kerja penerangan dan penyampaian maklumat mengikut selera anak-anak muda. Ternyata cara ini amat berkesan dan sememangnya menepati citarasa, minat dan kecenderungan anak-anak muda, khususnya melalui media baru. Dalam masa yang sama, Solidariti Muslim Prihatin pantas menyambar ikon dan selebriti anak muda sebagai perantara dakwah yang sudah pasti mampu menjadi ikutan dan perhatian.

Dengan penghasilan Filem pendek ‘Oley!!’, Solidariti Muslim Prihatin melangkah sepuluh tapak ke hadapan dalam menyampaikan mesej bermaklumat kepada masyarakat. Oley adalah filem pendek yang terhasil khusus buat menjawab segala tohmahan mengenai hukum Islam yang dipersenda oleh filem pendek “Bicara Rakyat“ yang dihasilkan dengan penuh kebencian dan keniastaan terhadap Hukum Islam itu.

Apa yang menariknya, Oley, dengan lakonan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan, Ustaz Nik Mohd Abduh dari ILMAM disamping Ustaz Riduan Mohd Nor penceramah tersohor yang juga Ahli JawatanKuasa MuslimCare, Ulama’ selibriti meningkat naik Ustaz Syed Kadir Hussin Al Joffre serta Ustaz Imran Al Malizi seorang pendakwah bebas dihasilkan dalam bentuk yang paling simple tetapi menepati citarasa dan selera anak muda.

Malahan lakonan watak menarik Bob Lokman dan Man John serta Mat Lutfi adalah mewakili segmen anak-anak muda pelbagai latar belakang yang mendambakan pengetahuan sebenar mengenai Islam. Dialog dengan gaya selamba, bersahaja dan penuh dengan mesej bermakna, melalui kaedah soal jawab itu boleh membuka mata dan telinga masyarakat yang jahil terhadap hukum Islam itu supaya timbul sikap ingin tahu yang meluap-luap dan menanti episod baru yang akan datang.

 Apa yang nyata, Oley mendapat sambutan hebat dan sehingga kini video tersebut ditonton oleh sejumlah 154,687 kali dan mendapat likes sebanyak 8729 dan dislikes hanya sebanyak 72 kali. Berbanding dengan video pendek bertajuk sembang rakyat yang telah mengundang kritikan dan pertikaian pelbagai pihak kerana didakwa sengaja menimbulkan prejudis terhadap Islam. Ini dapat dilihat melalui jumlah likes sebanyak 57 kali dan dislikes sebanyak 3048 kali.

Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia menerima pelaksanaan hukum hudud dengan baik malah tidak dapat menerima penghinaan terhadap hukum Allah ini sebagaimana yang dilakukan oleh beberapa individu sejak akhir-akhir ini.

Penerimaan baik filem pendek ini sebagai indikator bahawa anak-anak muda tidaklah bencikan Hukum Islam, sebaliknya menerima Hukum Allah ini dengan baik. Malah anak muda memberi kepercayaan golongan yang ingin memperjuangkan hukum Islam berbanding mereka yang menentangnya.

Solidariti Muslim Prihatin juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada krew One Heart Creative Solution yang menyediakan bantuan teknikal bagi filem pendek ini dan juga kepada Pemuda PAS Malaysia,ILMAM,MuslimCare dan juga individu yang menjayakan filem “Oley!!” ini. Semoga usaha ini dapat memberikan sedikit pengetahuan kepada rakyat Malaysia tentang apa itu Hukum Hudud.

Disediakan Oleh;

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF

Jurucakap,
Solidariti Muslim Prihatin

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 126 other followers

Disember 2011
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: