TUN DR MAHATHIR WAJAR BUAT PENGAKUAN TERBUKA

Tinggalkan komen

Disember 20, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang berat dakwaan bahawa Malaysia pernah meminjam dari Bank Dunia pada tahun 1997/1998 ketika di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu. Dakwaan ini berdasarkan kepada dokumen lengkap yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga dokumen yang didedahkan mendakwa pinjaman sebanyak US$60 juta telah dibuat oleh kerajaan Malaysia terhadap Bank Dunia.

Jika pinjaman ini benar-benar berlaku, DPP Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia merasa kesal kerana bekas Perdana Menteri itu tidak pernah mengaku pernah membuat pinjaman dengan Bank Dunia sebelum ini. Malah sehingga kini beliau membuat penafian dengan cabaran agar pihak menuduhnya mengemukakan bukti beliau ada membuat pinjaman. Namun dengan dokumen yang lengkap dari Bank Dunia yang dikemukakan, apakah dalih lagi Tun Dr Mahathir mahu menafikan segala maklumat tersebut?

Rakyat di negara ini merasa tidak selesa kerana jumlah pinjaman yang didakwa itu terlalu besar, iaitu sebanyak US$60 juta. Meskipun perisitiwa itu berlangsung sudah 13 tahun lamanya, namun kesannya masih ada terhadap kedudukan ekonomi dan kewangan negara. Persoalannya, kemanakah duit hasil pinjaman tersebut digunakan dan mengapakah kerajaan Malaysia ketika itu terlalu terdesak sehingga terpaksa meminjam dari Bank Dunia sedangkan diketahui bahawa ada kesan negatif terhadap keselamatan dan kestabilan negara hasil dari perjanjian tersebut? Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam memastikan pinjaman itu dibayar sepenuhnya?

Oleh itu, DPP Malaysia mendesak Tun Dr Mahathir membuat penjelasan dan pengakuan sejujurnya berhubung dakwaan itu. Sekiranya benar pinjaman itu berlaku, beliau perlu menjelaskan satu persatu kemanakah duit itu digunakan, langkah kerajaan dalam membayar balik pinjaman tersebut dan apakah terma perjanjian antara Bank Dunia dengan kerajaan Malaysia.

DPP Malaysia percaya rakyat Malaysia tidak boleh menerima jika bekas Perdana Menteri itu terus berbohong buat kesekian kalinya. Jangan sampai penafian beliau boleh menghilangkan penghormatan rakyat terhadap beliau seperti yang beliau nikmati selama ini.

 

Disediakan oleh;


RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Disember 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: