PERKASA TAKUT UMNO KALAH?

Tinggalkan komen

Disember 21, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) membidas kenyataan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mendakwa penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang. Bagi DPP Malaysia, kenyataan seperti ini seolah-olah tidak mahu negara ini berganjak ke arah sistem pilihanraya di Malaysia yang lebih adil, telus dan penuh dengan amalan demokrasi yang tinggi.

DPP Malaysia merasa hairan bagaimana Perkasa boleh mempertahankan agar dakwat kekal tidak digunakan dalam keadaan semua pihak bersetuju supaya ianya digunakan. Alasan bahawa Malaysia adalah negara maju dan canggih sehingga tidak memerlukan dakwat kekal adalah alasan yang yang amat dangkal. Ini kerana selama ini dalam keadaan negara tidak meggunakan dakwat kekal, selama itulah berlakunya pelbagai penipuan dan penyelewengan hasil dari daftar pemilih.

Persoalannya, apa yang Perkasa khuatirkan dengan penggunaan dakwat kekal? Mengapakah Perkasa gusar sangat terhadap kebenaran yang akan disingkapkan hasil dari penggunaan dakwat kekal dan apakah kerana ada kuasa yang bakal tergugat dalam PRU ke 13 nanti sehingga boleh menjejaskan masa depan Perkasa?

Selain itu, DPP Malaysia merasa pelik kerana Perkasa mendakwa ramai pengundi Melayu  tidak keluar mengundi jika dakwat kekal digunakan. Atas dasar apakah dakwaan Perkasa ini? Mengapa pula orang Melayu tidak mahu turun mengundi hanya kerana ada dakwat kekal digunakan. Jika alasan syarak digunakan, Majlis Fatwa Kebangsaan telah meluluskan dan tiada apa-apa masalah dalam menggunakan dakwat kekal.

Orang Melayu hanya tidak turun mengundi jika ada ancaman atau ugutan terhadap mereka daripada turun mengundi. Dalam keadaan negara aman seperti Malaysia, orang Melayu tidak perlu risau untuk turun mengundi kerana tiada siapa berhak mengugut orang Melayu daripada menunaikan hak dan kewajipan mereka. Mengundi dalam pilihanraya adalah suatu kewajipan kerana ia berkaitan memilih pemimpin yang akan memimpin negara dan masa depan rakyat.

Oleh itu, Perkasa tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas seperti ini. Perkasa sepatutnya mengalu-alukan usaha SPR yang mahu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia yang telah lama diperkatakan orang. Lebih dari itu, Perkasa perlu memujuk orang Melayu turun mengundi bagi membuat perubahan di dalam negara ini.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Disember 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: