TANPA TAPISAN FILEM : KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA LEBIH PARAH!

1

Disember 22, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) membantah tindakan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang tidak lagi akan menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya menyerahkan peranan itu kepada pengarah dan penerbit filem. DPPWP melihat keputusan ini amat tidak wajar kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pelbagai perlanggaran dalam disiplin filem di negara ini khususnya membabitkan adegan-adegan yang tidak wajar menjadi tontotan umum.

DPPWP menganggap keputusan ini amat membahayakan terutama kepada industri perfileman negara memandangkan kuasa menapis sesebuah filem diserahkan sepenuhnya kepada pengarah dan penerbit filem. Sudah tentu, filem itu akan ditapis mengikut selera dan citarasa pengarah atau penerbit. Penerbit atau pengarah pula akan melihat kepada kehendak dan citarasa penonton semasa bukan mengikut hukum agama. Isu moraliti dalam filem akan dipandang remeh dan boleh ditafsir dengan pelbagai tafsiran menurut hawa nafsu oleh mereka yang berkepentingan. Keputusan ini juga boleh menyebabkan industri pefileman negara berkecamuk dan boleh mengundang pelbagai kemarahan orang ramai. Bagi mereka, keuntungan adalah keutamaan dengan mengikut pasaran semasa tanpa mengerti persoalan hala dan haram sesuatu filem yang ditayangkan.

Bagi DPPWP, LPF perlu melihat kepada suasana dan permasalahan dalam masyarakat hari ini khususnya terhadap anak-anak muda. Dengan peningkatan gejala sosial yang semakin parah, apakah LPF mahu menambah lagi masalah sosial dalam negara ini hasil daripada penayangan filem yang tidak tertapis. DPPWP bimbang pengaruh filem akan menyebabkan keruntuhan akhlak remaja yang lebih serius sebagaimana yang berlaku kepada masyarakat di negara Barat.

Kawalan atau tapisan yang dilakukan oleh LPF selama ini boleh meyakinkan untuk sesebuah filem ditonton oleh setiap lapisan masyarakat. Meskipun tidaklah sempurna, setidak-tidaknya, tidak ada adegan yang terlepas pandang serta prinsip akauntabiliti akan dipertanggungjawabkan terhadap pihak terlibat dalam menerbitkan sesebuah filem. Dengan ini barulah industri filem di negara ini mampu berkembang dengan sihat dan baik.

Justeru, DPPWP mendesak LPF agar menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem pada tahun depan. LPF perlu melihat maslahat umum dengan melihat kesan daripada keputusan ini kepada masyarakat terutama generasi muda hari ini dan masa depan negara.

Disediakan oleh;

FADHIL OSMAN

Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

One thought on “TANPA TAPISAN FILEM : KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA LEBIH PARAH!

  1. kan perkasa dah kemukakan bahwa malaysia negara maju tak yah pakai dakwat kekal.maka satu lagi perkara dilulus tengok wayang best punya takdak cencor..atas bawah luag dalam semua bulih…umno kini tdk lagi berpegang pd hukum agama hanya pentingkan keuntungan dgn menjual maruah2 anak bangsa?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 115 other followers

Disember 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: