UMAT ISLAM BERHAK MENGETAHUI PREMIS TIDAK DAPAT STATUS HALAL

Tinggalkan komen

Disember 22, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya mengkaji balik keputusan JAKIM dengan tidak menghebahkan premis perniagaan yang gagal dalam Laporan Ketidakakuran (NCR) Pensijilan Halal Malaysia.

DPPWP menganggap keputusan yang dibuat ini kurang wajar kerana dilihat hanya melindungi kepentingan peniaga dengan mengabaikan hak-hak pengguna. DPPWP berpandangan JAKIM tidak perlu melindungi premis perniagaan yang gagal mendapat sijil halal Malaysia daripada hebahan kerana pengguna juga berhak mengetahui premis berkaitan supaya mereka tidak membeli atau mengunjunginya.

Bagi DPPWP, tindakan ini sebagai suatu hukuman dan peringatan keras supaya setiap premis berhati-hati dalam menjalankan perniagaan mereka. Isu halal dan haram dalam makanan dan barangan bukan perkara yang boleh dianggap ringan dan ia perlu menjadi keutamaan kepada para peniaga. Sepatutnya para peniaga menjaga kepentingan pengguna khususnya umat Islam dengan menjaga status halal pada produk perniagaan mereka serta berusaha mendapatkan sijil Halal Malaysia. Sikap tidak endah atau memandang ringan status halal sesuatu produk menyebabkan ramai pengguna terperangkap dengan barangan yang syubhat atau tidak halal.

JAKIM pula perlu menjaga sensitiviti umat Islam yang amat peka terhadap barangan yang dijual di pasaran. Sebagai badan yang menjaga hal ehwal umat Islam di negara ini, menjaga syariat Islam terutama dalam hal makan dan minum adalah suatu kewajipan kepada JAKIM. Logo halal mesti dikawal ketat agar ianya tidak sewenang-wenangnya dikeluarkan manakala pemeriksaan kerap dari semasa ke semasa perlu dibuat supaya premis berkenaan benar-benar mematuhi paiawaian halal seperti yang telah ditetapkan.

DPPWP mencadangkan supaya premis yang gagal mematuhi Laporan Ketidakakuran (NCR) Pensijilan Halal Malaysia diambil tindakan tegas termasuk disita dan didenda. Selain itu, nama-nama premis tersebut disenaraikan bagi tatapan umum. Ini penting supaya masyarakat prihatin terhadap premis yang akan mereka kunjungi disamping menyedarkan pengusaha premis agar berhati-hati dalam menjalankan perniagaan mereka.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Disember 2011
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: