BAGAIMANA MUDAHNYA ZAKAT DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR KOS GUAMAN MENTERI?

2

Disember 23, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak penjelasan dari Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagaimana dana zakat dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekeutuan (MAIWP) boleh digunakan sebagai pendahuluan bayaran khidmat guaman untuk menteri tersebut dan dua yang lain. Bagi DPPWP ini merupakan suatu dakwaan yang serius kerana melibatkan integriti dan kepercayaan pihak yang berkepentingan menjaga dana zakat umat Islam di Wilayah Persekutuan.

Laporan Ketua Audit Negara telah mengesahkan sejumlah RM 63,650 telah dikeluarkan sebagai pendahuluan bagi membayar kos guaman berhubung kes tuntutan qazaf oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk Jamil Khir, Menteri di jabatan Perdana Menteri, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwaraya, Shamsuddin Hussain. Meskipun MAIWP telah menjelaskan telah membayar semula dana zakat tersebut, bagi DPPWP perkara ini tidak seharusnya berlaku. Keadaan ini boleh menimbulkan persepsi di kalangan umat Islam bahawa dana zakat boleh diselewengkan dengan begitu mudah untuk tujuan peribadi oleh mereka yang berkuasa dalam menjaga dana zakat tersebut.

Umum mengetahui bahawa dana zakat hanya boleh disalurkan kepad asnaf yang berkaitan dan tidak boleh digunakan dengan tujuan yang lain, apatah lagi jika ianya bersifat peribadi. Walaupun dana itu hanya berstatus pinjaman sementara dan telah pun dipulangkan kembali, namun sebagai  entiti yang menjaga kepentingan umat Islam khususnya dana zakat umat Islam di Wilayah Persekutuan, tindakan tersebut menimbulkan pertikaian.

Sudah tentu umat Islam yang melihat isu ini merasa kecewa kerana dalam keadaan ramai yang mengadu sukar mendapat zakat di Wilayah Persekutuan ini meskipun layak dan amat memerlukan, sebaliknya dana tersebut dengan mudah dikeluarkan dan dipinjamkan untuk tujuan membayar kos guaman pihak tertentu. Apakah Datuk Jamil Khir tidak terfikir kemungkinan pinjaman dana tersebut boleh menafikan mereka yang layak mendapat zakat daripada menerimanya, ataupun zakat kepada pihak yang layak menerimanya tertangguh disebabkan oleh penggunaan duit tersebut untuk tujuan yang lain?

DPPWP mengingatkan Datuk Jamil Khir dan MAIWP supaya menjaga amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Jangan pula amanah tersebut diselewengkan bagi tujuan peribadi kerana setiap kepimpinan akan ditanya di hadapan Allah SWT kelak. Menjaga dana zakat sebaiknya adalah suatu kewajipan manakala menyelewengkannya merupakan suatu dosa yang amat besar di sisi Allah SWT.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Advertisements

2 thoughts on “BAGAIMANA MUDAHNYA ZAKAT DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR KOS GUAMAN MENTERI?

  1. mama bosan berkata:

    En Suhaimi, maaf cakap, tetapi harapnya tidak terlalu semberono menghentam musuh politik, tampaknya terlalu berpolitik tanpa melihat apa yang tersurat akhirnya.

    Kos guaman yang digembar gemburkan ini, bukannya atas individu, tetapi atas kapasiti mewakili MAIWP, sudah tentulah maiwp yang perlu membayarnya.Dan tidak timbul isu wang zakat digunakan kerana yang dibelanjakan ialah peruntukan khas untuk menghadapi kes kes sebegini.

    Isu ini juga sebenarnya direcycle sahaja, kenapa Pas terlalu mudah mengikut orang mencanang isu lama

  2. Kakak Kita berkata:

    Sila rujuk akhbar Utusan Malaysia hari ini (oooh lupa, kamu semua tak baca Utusan, tapi lebih suka baca putar belit Harakah), ada penafian daripada Jabatan Audit Negara mengenai isu ini. Laporan itu bukan daripada jabatan berkenaan.

    Justeru tak sahlah pertuduhan yang digembar gemburkan selama ini. (Tapi kamu kamu semua bukan peduli, kamu akan shoot juga walau tahu perkara ni tak betul, yang kamu tahu, kamu dapat attack peribadi).

    DPPW mesti sedia maklum mengenai asnaf fisabilillah. Apakah salah (kalau wujud pun) kalau ia digunakan untuk memerangi golongan yang cuba merosakkan negara dengan berhimpun hingga menyusahkan orang ramai, rosakkkan harta sana sini dan sebagainya.

    Apakah dengan berhimpun dan terpekik terlolong itu mampu selesaikan masalah ?

    Berbalik pada isu, harap DPPW akan jadi bijak sedikit lepas ni, jangan hentam keromo saja

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 122 other followers

Disember 2011
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: