TPM PERLU BERSIHKAN NAMANYA

Tinggalkan komen

Disember 27, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang serius dakwaan bahawa setiausaha sulit kanan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menerima sogokan. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh media pada hari ini mendakwa Setiausaha Sulit kanan TPM, Mohd Shukor Abdul Manan menerima lebih daripada RM 100,000 sebulan.

Bagi DPP Malaysia, dakwaan seperti ini amat berat dan memerlukan siasatan terperinci kerana ia melibatkan integriti dan nama baik Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dalam hal ini, TPM perlu membersihkan namanya dengan bersikap berani dan telus menyiasat secara menyeluruh dakwaan tersebut. Beliau tidak perlu menyembunyikan kebenaran sekalipun kebenaran itu amat pahit untuk ditelan kerana melibatkan orang kepercayaan beliau.

Jika benar dakwaan tersebut, beliau perlu mengambil tindakan tegas terhadap setiausaha sulit kanannya. Ini sebagai suatu hukuman bahawa kedudukan sebagai orang penting dan di tempat strategik bukan boleh disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Ia juga sebagai peringatan bahawa amanah bukan suatu yang boleh dipandang ringan, melainkan ia perlu ditunaikan dengan sebaiknya.

Jika dakwaan tersebut pula tidak benar, TPM perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar dakyah tersebut. Fitnah dan spekulasi tidak boleh dibiarkan berleluasa oleh pihak tertentu yang dengki kerana ia boleh menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang. Budaya fitnah adalah budaya yang tidak sihat yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara ini.

DPP Malaysia mengingatkan bahawa isu rasuah dan penyelewengan kuasa merupakan teras terhadap kejayaan atau kegagalan kepemimpinan negara. Pemimpin yang berjaya bukan setakat diukur terhadap prestasi kerjanya semata-mata, lebih dari itu bagaimana pemimpin tersebut menunaikan amanah yang dipikulnya sebaik mungkin.  Ini termasuk mereka yang terlibat secara langsung sebagai pembantu dan pegawai pemimpin tersebut. Seseorang pemimpin akan dianggap gagal sekiranya beliau dan orang bawahannya terkait dengan pelbagai skandal yang memburukkan nama beliau dan parti pimpinannya meskipun hasil kerjanya cemerlang.

DPP Malaysia percaya rakyat Malaysia inginkan pemimpin negara yang benar-benar bersih, jujur dan ikhlas dalam memberikan sumbangan dan jasa bakti terhadap rakyat dan negara. Sebaliknya rakyat jemu dan benci terhadap pemimpin yang mengharapkan sokongan rakyat, tetapi akhirnya mengaut keuntungan dan kekayaan untuk kepentingan diri sendiri.

Disediakan Oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 116 other followers

Disember 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: