DEMI MASLAHAT UMAT ISLAM, KHIR PATUT LETAK JAWATAN

1

Januari 5, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal kerana Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menjelaskan secara jujur mengapakah beliau meminjam duit zakat bagi membiayai kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan wang zakat sebanyak RM63,650.

Dalam kenyataan balas Datuk Seri Jamil Khir Baharom, beliau tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan iaitu mengapakah beliau meminjam duit zakat tersebut sebaliknya hanya menyatakan beliau menggunakan peruntukan khas geran kerajaan bagi membiayai kos guaman tersebut.

Semua mengetahui memang Datuk Seri Jamil Khir menggunakan peruntukan khas kerajaan bagi membiayai kos guaman beliau, namun ia dibayar pada akhir Disember 2010. Sedangkan kos awal bagi membayar kes guaman beliau dan tiga orang lagi yang didakwa dalam kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM 63,650 menggunakan duit zakat. Malah, laporan Ketua Audit Negara tahun 2010 mengesahkan memang beliau menggunakan duit zakat.

Soalnya, apakah Datuk Seri Jamil Khir mahu menafikan Laporan Ketua Audit Negara serta kenyataan oleh Datuk Dr Masyitah Ibrahim yang mengesahkan pinjaman duit zakat tersebut?  Adakah tuduhan menyatakan beliau menggunakan duit zakat adalah suatu fitnah yang direka-reka sedangkan ia disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan didedahkan pula oleh banyak pihak?

Dalam hal ini, DPPM merasakan bahawa Datuk Seri Jamil Khir perlu mengakui penggunaan duit zakat bagi pembiayaan kos guamannya. Dengan dokumen dan pengesahan oleh pihak yang terbabit, sukar bagi Datuk Seri Jamil mengelak diri dari dakwaan tersebut.  Ini kerana lebih banyak penafian dibuat, lebih banyak argumentasi diberikan oleh rakyat. Penafian beliau menunjukkan seolah-olah beliau mengelak dari menyatakan kebenaran dan mahu berlepas diri dari isu ini. Hakikatnya, bagi seorang menteri yang menjaga urusan agama Islam di negara ini, beliau perlu berterus terang dan menyatakan kebenaran meskipun kebenaran itu terlalu pahit untuk ditelan.

DPPM juga mendesak supaya beliau bertanggungjawab di atas polemik yang timbul dan demi kemaslahatan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini, beliau wajar meletak jawatan. Kredibiliti dan reputasi beliau tercalar teruk dengan isu ini yang sekaligus menjadi liabiliti kepada UMNO-BN. Lebih dari itu, kepercayaan rakyat khususnya umat Islam terhadap institusi zakat di negara ini semakin terhakis dan pastinya ia melukakan hati umat Islam di negara ini.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

One thought on “DEMI MASLAHAT UMAT ISLAM, KHIR PATUT LETAK JAWATAN

  1. Geng Pas KL berkata:

    Kalau macam tu En Ridhuan pun kena letak jawatan, macam macam masalah berlaku kat kl dan dalam Pas KL ni… ada berani ?

    Cuba la en Ridhuan rujuk pada kenyataan akhbar, dah maca macam penjelasan dibuat, malangnya akal fikiran memang dah tak boleh terima apa pun yang datang kalau bukan dari Pakatan. Tak gitu ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 123 other followers

Januari 2012
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: